Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK TUTUP AURAH JUGA MAKSIAT

'Tinggal solat juga maksiat'
Wartawan Sinar Harian
26 Januari 2013
Tinggal solat juga maksiat
Jam 1.46 petang : Selamba berborak dengan rakan-rakan di tempat terbuka di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Tinggal solat juga maksiat
Jam 1.43 petang : Masih meronda sedangkan dari masjid sudah berkumandang suara imam membaca khutbah. Gambar dirakam di laluan Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Tinggal solat juga maksiat
Jam 1.49 petang : Tanpa segan silu, lengkap berpakaian baju melayu dan kopiah, ada yang sedang minum di sebuah kedai di medan selera Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Senario belia suka melepak atau bersuka ria ketika umat Islam lain sedang memenuhi ruang masjid bagi melaksanakan solat Jumaat sudah menjadi perkara biasa yang berlaku di negara ini.

Namun biarpun terus dikupas dan dibongkar sebab serta akibatnya, ia masih lagi berlaku dan dilihat tidak memberi kesan kepada golongan berkenaan kerana tinjauan mendapati, masih ramai yang meninggalkan solat wajib itu.

Tinjauan wartawan Sinar Harian di sekitar Pantai Batu Burok mendapati golongan belia menjadikan kawasan riadah itu sebagai tempat persinggahan, sementara menunggu selesai solat Jumaat.

Mengulas isu itu, Imam Besar Negeri, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, keluarga adalah faktor paling utama menyumbang masalah berkenaan kerana kurang mengambil tahu pergerakan anak-anak.

“Ibu bapa tidak pernah menyoal anak-anak yang lengkap berbaju Melayu dan berkopiah sama ada benar mereka ke masjid atau melencong ke tempat lain bersama rakan-rakan.

“Mereka tidak boleh dibiarkan begitu kerana tanpa pengawalan daripada ibu bapa memudahkan mereka melakukan apa sahaja yang melanggar hukum, sedangkan ini tanggungjawab bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

Demikianlah juga masyarakat hari ini, yang sering menuding jari menyalahkan kerajaan, sedangkan ia adalah langkah bersama.

“Orang ramai yang melihat atau merasa ada unsur-unsur berlaku kegiatan meninggalkan solat Jumaat, mereka perlu melaporkan kepada pihak berwajib seperti pejabat agama dan polis.

“Tetapi masyarakat hari ini hanya melihat, pasangan yang duduk berdua-duaan itu sahaja adalah maksiat dan bertindak melaporkannya kepada pihak berkuasa, sedangkan meninggalkan solat wajib juga dikira maksiat,” katanya.

Menurutnya, masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam membanteras senario itu supaya tidak menjadi semakin parah.

“Laporkan segera lokasi-lokasi yang dipercayai golongan ini melakukan perkara yang melanggar hukum syarak,” katanya.


Haram jual makanan

Sementara itu, berhubung orang yang menjual makanan kepada mereka yang tidak pergi solat Jumaat, sekiranya penjual itu adalah seorang lelaki, hukumnya haram.

“Tetapi sekiranya perempuan, itu ditanggung oleh pembeli sendiri, tetapi pangkalnya adalah diri sendiri.

“Kebanyakan daripada masyarakat hari ini, pengamalan dalam kehidupan masih lagi tidak mencukupi kehendak agama menyebabkan mereka mengambil mudah soal-soal sebegini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kampung Baru Tetambah, Mohd Noor Ali sependapat dengan imam besar, berpendapat program-program untuk mengimarahkan masjid juga dilihat antara langkah terbaik perlu dilaksanakan.

“Memang tidak dinafikan, ibu bapa kurang cakna bab solat kerana mereka juga sama seperti anak-anak.

“Sepatutnya ibu bapa menunjukkan contoh baik kepada anak-anak supaya mereka secara tidak langsung berminat mendekati masjid, sekali gus mengimarahkannya,” katanya.

Pada masa sama, masjid juga perlu menganjurkan aktiviti yang dapat menarik golongan belia datang ke rumah ALLAH SWT itu secara sukarela.

“Tetapi kadang-kadang pandangan negatif golongan veteran (orang tua) terhadap anak muda menyebabkan jarak hubungan mereka jauh.

“Hakikatnya masjid juga berperanan untuk menyelesaikan masalah ini bersama-sama supaya tidak terus diwarisi generasi akan datang,” katanya.

1 orang berkata:

Unknown said...

Salam.
Tuan minta pautkan(LINK) blog http://revolusifikiran.blogspot.com dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam senarai BLOG POLITIK POPULAR. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.