Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, January 23, 2013

Kasihan...Kulit Mengelupas Dan Mengerutu Seperti Katak Puru ..Hanya Kerana Kami Berdarah Hijau



                  Masalah air yang ditonjolkan didalam media UMNO yang dikatakan berlaku di Negeri Negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat seperti di Negeri Kelantan dan Selangor adalah didapati tidak lah begitu kritikal sebagaimana masalah air yang di hadapi di  Negeri Perak yang diperintah oleh Barisan Nasional selama 55 tahun.
               Dato Seri Nizar Jamalludin dalam ucapannya di Kg Layang Layang Kanan semalam mendedahkan bahawa permasalahan air di Perak adalah begitu teruk  disebabkan wujudnya diskriminasi pemimpin UMNO terhadap rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat.Beliau berkata demikian setelah melakukan beberapa kali lawatan ke kawasan kawasan di Parlimen Bukit Gantang yang mana beliau wakili.
 
Dalam satu tinjauannya di suatu perkampungan nelayan disana.Beliau dapati ramai penduduk menghadapi masalah kulit dimana kulit mereka didapati mengelupas dan mengerutu seperti katak puru.Dato Seri Nizar merasakan perkara ini adalah ganjil lantas bertanya kepada penduduk berkenaan mengenai masalah kulit berkenaan.
 
Penduduk menyatakan masalah ini berpunca kerana mereka berdarah hijau mengakibatkan kampong mereka tidak diberi kemudahan elektrik dan air paip.Kerana mengunakan air hujan semenjak sebelum merdeka lagi telah menyebabkan mereka mereka yang mengunakan air hujan untuk minum,mandi dan membasuh telah menghadapi masalah kulit bekenaan.
              Beliau telah membawa perkara ini didalam Dewan Undangan Negeri,Namun jawapan yang di terima dari pimpinan UMNO adalah begitu mengecewakan.Mereka memberikan bahawa kawasan ini adalah jauh dan pulau menyebabkan kemudahan asas ini sukar untuk diadakan. 
 
Bagaimana dengan Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi?.Sebenarnya kerajaan BN hanya menjaga kepentingan rakyat yang menyokongnya sahaja dan melakukan pernindasan kepada sesiapa yang menentang.
            Dalam ucapannya beliau juga turut membuat tanyangan video mengenai sambutan aidul fitri di Putrajaya yang dimasukkan acara karaoke dan menari oleh Najib dan Rosmah.
 
Turut ditayangkan ialah Amukan Yeop Pasior yang begitu melucukan.Cuma beberapa puluh meter dihadapan,turut diadalan suatu siri ceramah UMNO yang bertajuk “Nizar Pembohong” yang tidak mendapat sambutan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.