Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAMPU MERAH BAHAYA KAN, KAN ?

Speaker: Saya pun tunggu 'lampu hijau' PM
G MANIMARAN & ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD 23 Januari 2013
Tan Sri Pandikar Amin Mulia Tan Sri Pandikar Amin Mulia
 
KUALA LUMPUR - Di sebalik peruntukan berkanun Parlimen boleh terbubar dengan sendiri akhir April ini dan hanya tinggal tiga bulan, teka-teki bila ia akan dibubarkan berterusan.
Terbaru, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu Sinar Harian bahawa pihaknya tidak menerima apa-apa surat untuk diadakan sidang Dewan Rakyat seperti kebiasaan.

Beliau berkata, hak memanggil dewan bersidang itu hanya terletak di bawah kuasa eksekutif dan pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Perkara ini semua orang tahu, itu hak Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agung untuk bubar Dewan Rakyat.

“Pada ketika ini kita sedang menunggu, bagi saya kalau umpamanya Perdana Menteri memanggil supaya Dewan Rakyat bersidang, seharusnya sekarang ini saya sudah menerima surat, saya cuma bersedia kalau ada permintaan daripada Perdana Menteri,” katanya ditemui Sinar Harian selepas menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Politik Presiden Filipina Ronaldo M. Liamas di Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, kebiasaannya perasmian untuk polisi ucapan parlimen dibuat pada bulan tiga atau empat.

“Semua tahu kalau bukan bulan tiga bulan empat. Semua sudah buat spekulasi, media sudah siarkan tarikh ini negeri ini sudah habis tempoh dan  demikiannya. Untuk tentukan bila itu bukan hak saya. Saya seperti orang lain juga sedang menunggu, bila seharusnya dewan rakyat akan dibubarkan.

“Perkara lain saya percaya orang sudah tahu, tempoh dewan habis 28 April, lepas itu bila cuti sekolah, dan sebagainya. Ini pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tak akan tidak boleh tunggu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Bung Moktar Radin memberitahu Sinar Harian bahawa "saya juga seperti yang lain main teka-teki bila Parlimen akan dibubarkan."

"Ini seperti teka-teki orang lain juga," kata beliau yang turut berkongsi maklumat bahawa lazimnya Parlimen akan menerima notis daripada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri jika perlu bersidang.

Ahli Parlimen Kinabatangan ini berkata, berbanding kebiasaan, kali ini ahli-ahli Parlimen juga belum menerima notis sidang Parlimen.

"Tidak, tidak... kami tidak terima apa-apa," kata beliau ketika ditanya sama ada sudah menerima notis sidang parlimen dan senarai soalan ke sekretariat Dewan Rakyat.

Artikel 55(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan jarak enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang kemudiannya.

Artikel 55(1) pula menyebut Yang di-Pertuan Agong boleh memberhenti atau membubarkan Parlimen manakal Artikel 55(3) berbunyi, "melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar."

Kelmarin, Najib membayangkan pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.

Berucap pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di Kota Bharu, Presiden Umno menegaskan, pihaknya sudah bersedia, sambil mahu rakyat  memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).

"Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN.

Kelmarin, dua penganalisis memberitahu Sinar Harian bahawa Parlimen kemungkinan akan dibubarkan antara 17 dan 28 Februari ini.

Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-12 bersidang pada 28 April 2008. Bermakna ia akan genap lima tahun akhir April ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.