Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, January 9, 2013

Zahid Tak Ngaku. Rafizi Akan Disaman

Bagi saya bagus kalau benar Zahid nak saman
Bila masuk Mahkamah barulah jelas segalanya....

January 08, 2013
KUALA LUMPUR, 8 Jan — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini akhirnya tampil mempertahankan penglibatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam perjanjian urusan tanah selepas beberapa minggu mendiamkan diri.

Zahid berkata, rancangan pemilikan tanah daripada Awan Megah Sdn Bhd pada harga RM130 juta dan pemilikan 80 peratus saham Astacanggih Sdn Bhd oleh Boustead Holdings Bhd adalah keputusan korporat dibuat firma tersebut, tanpa arahan daripada kementeriannya atau Kabinet. LTAT memiliki pegangan saham 60 peratus dalam Boustead.

"Transaksi itu transaksi korporat ... Astacanggih Sdn Bhd telah dibeli pada harga RM30 juta ... Tanah Awan Megah Sdn Bhd RM130 juta juga dibeli Boustead," katanya.

"Tiada arahan dari saya, mahupun arahan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) kepada saya," tegas Zahid (gambar).

Beliau juga turut menafikan Boustead memiliki tanah itu melalui dana daripada LTAT sebaliknya menegaskan Boustead mempunyai simpanan kewangan yang besar.

Zahid turut menegaskan dakwaan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli bahawa perjanjian komersial itu tidak masuk akal adalah tidak benar kerana nilai sebenar tanah di Bukit Raja bernilai dua kali ganda daripada apa yang dibayar Boustead.

"Harga pasaran sekitar RM350 juta," kata Zahid, dan menambah nilaian itu adalah nilai yang diberikan oleh jurunilai swasta.

"Ketika transaksi itu diumumkan, harga saham Boustead daripada RM4.98 sen seunit meningkat kepada RM 5.96 sen seunit ... Ini, maknanya ada keyakinan pelabur," tegas Zahid.

Sehubungan itu, beliau menegaskan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Rafizi kerana telah mencemarkan nama baiknya.

Rafizi sebelum ini telah menuduh Zahid menyalahgunakan kuasa membelanjakan dana awam untuk membeli Astacanggih, yang merupakan pemilik usahawan karpet Deepak Jaikishan.

Beliau mendakwa urusniaga itu adalah "rasuah" untuk menutup mulut Deepak daripada terus melakukan pendedahan penyelewengan ahli politik.

"Kalau dia seorang auditor bertauliah, Rafizi harus melakukan semakan, dia menuduh saya salah guna kuasa, sedangkan saya tidak pernah memberi arahan kepada LTAT, jauh sekali kepada Boustead," tegas Zahid.

Sebelum ini Boustead Holdings Bhd, yang dimiliki LTAT merancang untuk membeli tanah di Bukit Raja dari Awan Megah RM130 juta, dan juga 80 peratus kepentingan dalam Astacanggih Sdn Bhd, syarikat pembangunan hartanah yang dimiliki oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Kedua-dua Boustead dan Awan Megah mempertahankan perjanjian itu, dengan mendakwa bahawa ianya satu langkah korporat berdasarkan pertimbangan komersial.

Dalam pendedahannya, Rafizi mendakwa perjanjian komersial itu tidak masuk akal kerana Awan Megah tidak mempunyai rekod dalam pembinaan dan mempunyai rekod kewangan dahsyat, dengan hanya RM6,180 dalam aset.

Beliau merujuk kepada penyata kewangan terkini yang difailkan oleh Awan Megah kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa aktiviti terakhir adalah pada 31 Disember 1993, 12 tahun sebelum anugerah perjanjian Puspahanas.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.