Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, January 9

HOT: Ini buktinya SPR dah menopause....

TI-M tolak tawaran SPR sebagai pemerhati pilihan raya
KUALA LUMPUR, 7 Jan — Transparency International Malaysia (TI-M) menolak jemputan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemerhati untuk pilihan raya umum ke-13, apabila mengatakan terdapat “pertikaian” dalam terma perjanjian antara badan pengendali pilihan raya itu berhubung pemerhati pilihan raya domestik.

Bagaimanapun, pemerhati anti rasuah global itu tidak mendedahkan pertikaian tersebut, sebaliknya melalui kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini, pihak TI-M berkata, mereka akan merahsiakan puncanya demi menjaga hubungan dengan SPR.
“TI-M telah bersetuju untuk tidak menyatakan sebabnya untuk menggalakkan perbincangan yang bebas dan berterus terang,” kata TI-M dalam satu kenyataan hari ini.
Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez, dalam kenyataannya turut menjelaskan TI-M juga sebelum ini telah bekerjasama dengan SPR berkenaan penambahbaikan sistem daftar pemilih, termasuk pembiayaan politik, dan agensi yang bersedia untuk berbincang mengenai isu tersebut.
“TI-M sebelum ini telah terlibat dengan beberapa perbincangan dengan SPR,” kata Fernandez, dan menambah ketika pertemuan-pertemuan itu, TI-M akan menggesa SPR untuk mematuhi standard antarabangsa dan norma asas dalam proses pemerhati pilihan raya.
“Bagaimapun, TI-M ada menyuarakan beberapa pertikaian dalam Terma Rujukan yang dietetapkan SPR mengenai pemerhati pilihan raya domestik,” katanya.
Keputusan mengenai penarikan TI-M itu jelas Fernandez telah dimaklumkan kepad SPR Jumaat lalu.
Malah, pihaknya turut mencadangkan SPR menggunakan khidmat Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) sebagai pemerhati pilihan raya, malah mengatakan badan itu sememangnya layak untuk bertindak selaku pemerhati pilihan raya.

Jelas Fernandez, TI-M juga bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan SPRM berkenaan penambahbaikan pilihan raya, malah untuk terus menggesa badan pengendali pilihan raya di negara ini supaya terus mematuhi piawai dan standard antarabangsa.

Ianya adalah bagi memastikan sistem pilihan raya di negara ini terus dipercayai rakyat Malaysia dan terus kredible di peringkat dunia, kata Fernandez.

Tindakan TI-M itu bagaimanapun menimbulkan rasa kecewa Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), yang mana dalam kenyataan hari ini berkata, mereka khuatir tindakan penarikan diri TI-M di saat-saat akhir ini akan secara tidak langsung akan membantu mereka yang cuba menggambarkan gambaran yang salah terhadap misi pemerhati pilihan raya ini.
“Saya khuatir dengan menarik diri pada saat akhir ini tanpa berbincang mengenai isu pokok, dengan organisasi lain yang terlibat, TI-M akan secara tidak sengaja akan membantu mereka membantu mereka yang cuba menggambarkan perkara salah dalam misi menjadi pemerhati politik, dan juga organisasi yang terlibat,” kata Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataannya hari ini.
“Saya kesal dengan situasi ini,” tegasnya lagi.
Jelas Wan Saiful, setiap organisasi juga membuat tuntutan sama kepada SPR, seperti mana TI-M sehingga mereka beroleh persetujuan dengan pengendali pilihan raya itu.
“Saya ingin mengesahkan semua organisasi telah membuat permintaan serupa kepada SPR ... kumpulan yang dijemput untuk berbincang mengenai terma sejak berbulan lamanya atara kami, termasuk juga SPR, sehingga kami menemui kesepakatan.
“Bukan TI-M sendiri sahaja yang melakukannya ... memang benar, ada perkara yang kami bersetuju untuk tidak bersetuju dengan SPR, begitu juga sebaliknya,” kata Wan Saiful lagi.
SPR sebelum ini bercadang untuk melantik enam badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadi pemerhati pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke-13) di Semenjung Malaysia.

NGO berkenaan ialah Merdeka Centre, Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Transparency International, Centre for Public Policy (CPPS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata inisiatif yang pertama kali diperkenalkan SPR, bertujuan memberi peluang kepada NGO berkenaan menilai sendiri ketelusan dan peraturan SPR sepanjang pilihan raya berlangsung.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.