Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALA MAAAAAK ! ADA RAKYAT YANG BELUM BERSEDIA MENGHADAPI PRU ?

Najib bubar Parlimen bila semua sudah sedia

14 Februari 2013
pru13 terbaru
.
PAPAR - Pembubaran Parlimen hanya akan dibuat apabila semua pihak termasuk rakyat bersedia menghadapi pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia...sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional).

"Kita mahu rakyat faham satu undi untuk BN...satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar, di sini, hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya "bilakah beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum".

Apabila ditanya betapa dekatnya pembubaran Parlimen, beliau berkata: "Dekat dah, dekat dah, buat kerja dulu, jangan bimbang".

Mengenai hasil pertemuannya dengan pemimpin parti komponen BN negeri semalam, Perdana Menteri berkata tidak ada masalah serius yang dihadapi mereka cuma sedikit masalah daripada segi penyelarasan dan personaliti.

"Pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan tahap persefahaman yang wujud di kalangan parti komponen BN Sabah," katanya.

Mengenai calon BN pada pilihan raya umum ke-13, Najib berkata BN sudah hampir selesai memilih calon.   

"Kita mesti melakukan verifikasi daripada segi latar belakang dan juga keselamatan dan apa-apa juga laporan daripada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sebagainya sebelum kita memuktamadkan senarai tersebut," katanya. - Bernama

1 orang berkata:

Unknown said...

Rakyat dah dok tunggu Jib weh!
PM pun nak beralasan jugak?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.