Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Asam ragam pilihanraya

Jabatan Penerangan nafi keluar kenyataan peletakan jawatan perdana menteri

February 18, 2013
KUALA LUMPUR, 18 Feb — Jabatan Penerangan tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepertimana yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial pagi ini.

Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata penafian itu dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki digodam dengan penyiaran dua kenyataan iaitu Memo Permohonan Rakyat Malaysia (e-Press) dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.

“Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-duan sistem berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Tindakan awal ini adalah bagi mengelak sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Ibrahim berkata satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dijalankan oleh pihak jabatan.

Beliau berkata satu laporan polis juga akan dibuat dan pihak jabatan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan lanjut. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.