Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BENAR KATA MUHIDEN YASIN

UMNO/BN KUAT BERBANDING PAKATAN, DIA ADA BANYAK DUIT, DIA BANYAK HARTA, DIA ADA POLIS, DIA ADA ASKAR, DIA ADA SURAT KHABAR, DIA ADA TV, DIA ADA MACAM-MACAM SEBAB ITU RAKYAT DI NEGARA INI SEMUA SENANG-SENANG BELAKA, TIDAK ADA YANG PAPA KEDANA - Pak Karamu
 
Muhyiddin: Dasar BN kuat banding Pakatan
NORMAWATI ADNAN, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
19 Februari 2013
pru13 terbaru
.
SUNGAI SIPUT – Barisan Nasional (BN) memiliki dasar kepimpinan yang kuat untuk terus menerajui negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, keadaan itu jauh berbeza berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang dilihat sering bertelagah mengenai sesuatu isu.

Mengambil contoh konflik perebutan kerusi di Johor antara PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Johor mengaggap perkembangan terbaru itu menunjukkan pembangkang tidak mempunyai hala tuju dan paduan yang sama.

“Perkara ini sudah lama berlaku, menggelegak dalam diam, kalau soal kerusi pun tak selesai, nanti bila timbul benda (masalah) lain, bergaduh pula.

“Jadi ini jelas, mereka tidak memberi gambaran sebagai parti pembangkang dengan baik, hala tuju dan dasar mereka tiada paduan yang sama,” katanya pada sidang media program Himpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Pusat Kegiatan kemas, di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin menyampaikan replika kunci unit kedai kepada sembilan peniaga di Pasar Awam Sungai Siput di bawah projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membabitkan kos RM938,000.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Pengerusi BN Sungai Siput, Datuk Seri Samy Vellu dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk K Devamany dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menganggap, kemasukan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Dr Chua Jui Meng sebagai Ketua PKR Johor masih belum berupaya untuk menggugat kedudukan Johor sebagai kubu kuat Umno dan BN.

Katanya, pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PR menyebabkan keyakinan rakyat semakin goyah.

“Dia (Jui Meng) orang PKR, tetapi rakyat tidak berapa yakin dengannya, apatah lagi keyakinan rakyat kepada pimpinan itu semakin goyah.

“Johor tempat sejarah Umno bermula, kedudukan kita kini semakin kuat hasil sokongan rakan kompenan lain dan kita cukup yakin dapat mempertahankan kedudukan di Johor,” katanya.

Laporan media menyebut, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa campur tangan bagi menyelesaikan kemelut perebutan kerusi di negeri Johor.

Desakan itu berikutan rasa tidak yakin pimpinan DAP terhadap kepimpinan PKR negeri dibawah pimpinan Jui Meng.

PR di Johor sebelum ini dikatakan tidak berdepan sebarang masalah dalam menyelesaikan masalah kerusi sehinggalah bekas Menteri Menteri Kesihatan itu menyertai mereka pada 2009.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.