PRU13: Pakatan perlu contohi BN, kata Nazri
9 Februari 2013
TAIPING - Pembangkang perlu terima peringatan awal Perdana Menteri
supaya mereka tidak menimbulkan huru-hara sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Nazri berkata, pembangkang harus mencontohi kerajaan Barisan Nasional
(BN) yang sedia menerima kekalahannya di lima negeri pada pilihan raya
umum lepas.
"Walaupun kita kalah di beberapa buah negeri kita tak ada masalah
langsung untuk serah kerajaan itu kepada pembangkang," katanya selepas
menyampaikan bantuan Azam Tani Fasa 1 kepada 20 penerima di sini hari
ini.
Nazri mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang berharap
pembangkang menerima keputusan PRU-13 dan tidak mencari alasan untuk
menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.
Katanya, peringatan awal adalah untuk mengelakkan perkara itu berlaku selepas keputusan PRU-13 diumumkan.
"Perdana Menteri menyebut perkara ini kerana kecenderungan
mereka(pembangkang) melakukan aktiviti-aktiviti demonstrasi yang negatif
dan
menghasut rakyat.
menghasut rakyat.
"Kecenderungan pembangkang seolah-olah mereka sahaja yang betul dan
hari ini usaha untuk memburukkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)
dilakukan begitu hebat sekali, saya rasa ada kecenderungan itu di pihak
mereka sekiranya mereka tidak menang dalam pilihan raya nanti," katanya.
Beliau berkata, Perdana Menteri mahukan rakyat lebih berhati-hati dan
tidak menyokong usaha pembangkang untuk memporak perandakan rakyat
selepas pilihan raya nanti.
Demonstrasi pembangkang menghasut rakyat supaya membenci BN kerana
(dituduh) zalim adalah tidak betul kerana kerajaan BN adalah kerajaan
yang baik, katanya.
"Kita (kerajaan BN) sudah buat segala apa yang kita janji...pembangkang hanya janji macam-macam tapi tidak tunaikan," katanya.
"Dalam keadaan (negara) stabil, aman damai, dia (pembangkang) mungkin
nak kalah itu ada, sebab itu mereka sedang berusaha cari jalan bagaimana
nak mendatangkan perasaan marah rakyat terhadap BN," katanya. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment