07 February 2013
LAKONAN : PEMUDA UMNO BERLAGAK HEBAT?
Pemuda
Umno Kedah menegur Ketua Pemuda Gerakan negeri , Tan Keng Liang kerana
membuat kenyataan yang tidak tepat berkaitan agama Islam,.
Naib Ketua Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat berkata, perkara yang
berkaitan dengan agama Islam wajar dibawa berbincang atau sebaik-baiknya
janganlah mereka yang bukan Islam membuat kenyataan kerana ini boleh
menyentuh sensitiviti perbezaan agama. Walaupun tujuan Keng Liang mahu
mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri Kedah berkaitan isu garis
panduan pakaiana model dalam iklan .
Dalam isu sangkutan dengan hukum -hakam agama Islam, bukan sahaja Keng
Liang ataupun pemimpin Gerakan tetapi mana-mana ahli politik yang bukan
Islam dalam BN atau Paktan Rakyat tidak boleh dibiarkan
sewenang-wenangya mebuat kenyataan, kerana bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan.
Macamana pula dengan lakonan Chua Soi Lek, mana Pemuda Umno?
Macamana dengan tindakan pemimpin Umno yang rasuah, mengumpul empayar kekayaan?
Macamana dengan penyelewengan seperti dalam isu NFC, Kapal Selam dan sebagainya?
Di mana Pemuda Umno????
Pada masa yang sama ada pihak menempelak PAS konon-kononnya tidak berani
menegur DAP. Benarkah begitu??? Pada hal PAS sentiasa konsisten dalam
pegangan dan prinsipnya seperti isu negara Islam, kalimah Allah dan
lain-lain. Majlis Syura PAS tetap konsisten dengan keputusannya walaupun
ada pihak kurang bersetuju dengan keputusan Majlis Syura.


0 orang berkata:
Post a Comment