Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ELOK KANGKONG TANYA KDN

Hadi perlu tarik balik perjanjian 8 Januari
Wartawan Sinar Harian
6 Februari 2013
ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menarik balik perjanjian yang telah dibuat bersama parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH di dalam Bible Bahasa Melayu.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, perkara itu sepatutnya dilakukan Abdul Hadi selepas dapat kata sepakat dalam Majlis Syura Ulama.

“Perkara ini sepatutnya dilakukan kerana Pas perlu berpegang dengan prinsip asal mereka. Apabila sedar lakukan kesilapan, Pas betulkan perkara itu, hal ini sangat baik.

“Jika mereka sedar berada di dalam PR juga satu kesilapan, maka mereka perlu keluar dari pakatan itu,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Pim-pinan PR mencapai kata sepakat bahawa penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim 8 Januari lalu.

Sementara itu, Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan mengingatkan Pas bahawa mempertahankan Islam lebih penting daripada pertahankan pakatan itu, dan itu adalah wajah sebenar Pas.

"Hadi kini telah langgar perjanjian 8 Januari dibuat. Walaupun ia perkara tidak baik dalam pakatan politik, ia baik untuk perjuangan Islam dan pertingkat sokongan pengundi terhadap Pas," katanya.

1 orang berkata:

Unknown said...

Ada je anasir² jahat ni d0k tunggu masa nk pecah belahkan pakatan rakyat ni xgne btul! dey Mamat kuty piiraahhh!!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.