Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GHAIRAH PUNYA PASAL, PR JOHOR BERGOLAK ?

Karpal: DAP akan siasat cubaan ‘sabotaj’ oleh Chua Jui Meng
February 18, 2013
 
KUALA LUMPUR, 18 Feb — Karpal Singh memandang serius pendedahan oleh Pengerusi DAP negeri Johor Dr Boo Cheng Hau yang mendakwa bekas pemimpin MCA Datuk Dr Chua Jui Meng menjadi dalang keatas beberapa serangan hebat terhadap parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, pengerusi DAP tersebut mengatakan satu siasatan akan dilancarkan bagi mengesahkan tuduhan tersebut dan mencari mereka yang bertanggungjawab keatas serangan tersebut.

“DAP memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Cheng Hau.

“Sebuah siasatan menyeluruh akan ditubuhkan untuk mencari individu di belakang ‘serangan hebat tidak dikenali’ keatas DAP dan mencari individu ‘di belakang tabir’ sebalik serangan ini,” kata Karpal (gambar).

Menurut Karpal, tuduhan oleh Dr Boo tidak boleh dipandang ringan malahan menyifatkan kredibiliti bekas timbalan menteri tersebut masih lagi diragui memandangkan pengalamannya bersama parti lawan MCA dan sikap terburu-burunya untuk menawan kerusi parlimen.
“Dakwaan Dr Boo tidak boleh dinafikan demi kepentingan Pakatan Rakyat.

“Penglibatan lama bersama MCA dan Barisan Nasional, kegagalan cubaan dalam perebutan jawatan presiden MCA pada 2004 dan keghairahan untuk mendapat kerusi Parlimen secara jelas mencerminkan masalah kredibilitinya,” kata beliau lagi.

Selain itu, Karpal juga mempertahankan Dr Boo berbanding Dr Chua memandangkan pengerusi DAP negeri tersebut adalah pejuang tulen.

“Berbeza dengan Chua Jui Meng, Dr Boo adalah pejuang tulen.”Sehubungan itu, Karpal juga menggesa Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR supaya campur tangan dalam kemelut yang melanda di Johor supaya tidak menjejaskan peluang PR untuk menawan negeri tersebut serta mengelak unsur sabotaj berlaku antara parti komponen itu.

“Saya gesa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk campur tangan supaya peluang Pakatan Rakyat dihadapannya tidak menerima kesan negatif dengan sebarang unsur-unsur sabotaj,” tambah beliau lagi.

Awal hari ini, Dr Boo dalam satu kenyataan juga menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim turun ke Johor mengemudi PKR Johor sambil pada masa sama juga menyatakan tidak yakin dengan kepimpinan PKR negeri yang dipimpin Dr Chua.

 Boo turut mengkritik langkah bekas menteri kesihatan tersebut yang mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walaupun pembahagian kerusi masih dalam perundingan serta menasihatkan Dr Chua supaya tidak membawa budaya politik MCA ke dalam PR.

“Datuk Chua Jui Meng sebelum ini mengumumkan pencalonan sendiri di Gelang Patah atas alasan beliau adalah ketua PKR Johor sebelum pembahagian kerusi diantara parti komponen PR di Johor diputuskan oleh pimpinan pusat.

“Sebagai orang baru dalam PR, Datuk Chua Jui Meng digesa supaya menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor sejak sejak dahulu lagi,” tambah Boo.

Boo juga berharap bekas pemimpin MCA tersebut mencerminkan dirinya yang sering dilihat memperkecilkan DAP dan pemimpin utamanya.

Dalam Pilihan Raya 2008, calon PKR Zaliha Binti Mustafa tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng di kawasan parlimen Gelang Patah dengan mendapat undi sebanyak 33,630.

PKR dilihat mengintai untuk bertanding semula di kawasan parlimen Gelang Patah pada pilihan raya tahun ini namun Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai secara terbuka telah mengatakan Liew akan diletak sebagai calon mereka.

Perkara tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang malahan Dr Chua yang dikatakan mahu bertanding di Gelang Patah juga seolah-olah tercabar dengan tindakan oleh DAP untuk meletak Liew.

“Biarkan mereka (DAP). Mereka boleh bercakap apa sahaja, inikan negara demokrasi. Perkara itu (isu kerusi Parlimen Gelang Patah) akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan rakyat,” katanya.

Setakat ini, pucuk pimpinan PR masih belum membuat keputusan tentang parti mana yang berhak meletakkan calon di kerusi Parlimen Gelang Patah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.