12/02/13
Lelaki tunjuk isyarat lucah kepada Raja Pemaisuri Agong
Polis menahan seorang lelaki dipercayai
menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah
Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas,
dekat sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata, dalam kejadian
12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai
menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah
Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.
"Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang.
Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan
bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan
isyarat lucah itu.
"Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong
sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak
tindakan suspek...dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi
hari ini.
Hatta berkata, suspek ditahan reman sehingga 14 Februari ini untuk
siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan
yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan. Bernama

Gambar Hiasan


0 orang berkata:
Post a Comment