ISU SIAPA JADI PERDANA MENTERI ADALAH ISU LEMAH DAN BODOH, MELAYAN ISU INI MENYEBABKAN SESEORANG PEMIMPIN ITU TURUT TIDAK POPULAR DAN LEMAH
ISU HAMPIR PILIHANRAYA SEBENARNYA ADALAH ISU MEMEGANG AMANAH RAKYAT BUKAN ISU SIAPA DUDUK DALAM JAWATAN PERDANA MENTERI, MELAYAN ISU INI MENUNJUKKAN RAKYAT DAN PARA PEMIMPIN MENJADI TOLOL DAN LOW STANDARAD
TIDAK MUNGKIN JIKA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH MAKA ADA PULA ORANG LUAR DARI PAKATAN YANG AKAN MENJADI PERDANA MENTERI ? BERITA INI ADALAH BERITA BUDAK-BUDAK DAN KARTON
TEGANG URAT LEHER PEMIMPIN PR BERKEMPEN UNTUK MEMENANGKAN PR TETIBA APABILA MENANG TIADA YANG LAYAK JADI PERDANA MENTERI ? SEBENARNYA ISU INI HANYA DIADA-ADAKAN DAN IA SEBAGAI MODAL BASI POLITIK, MELAYAN ISU INI DIANGGAP BODOH - Pak Karamu
Karpal tetap mahu Anwar jadi PM
12 Februari 2013
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh sekali lagi
menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi
perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Pas menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.
"Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Baru-baru ini, akhbar melaporkan Majlis Syura Pas menolak Anwar dilantik sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU13 dan berkemungkinan melantik seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang.
Menurut laporan itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa rakan-rakannya dalam Pas memberitahu penolakan Majlis Syura Pas terhadap Anwar semakin kuat. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment