Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Kontroversi rakaman audio Adun Pas kritik MB Kedah
ROSLINDA HASHIM
13 Februari 2013
Kontroversi rakaman audio Adun Pas kritik MB Kedah
Mohd Nasir menunjukkan aplikasi keyrod@KubangRotan melalui telefon pintar.
 
ALOR SETAR - Beberapa blogger tempatan mendedahkan tiga rakaman audio mendakwa penglibatan Adun Kubang Rotan (Pas), Mohd Nasir Mustafa serta ahli Pas kawasan Kuala Kedah mengkritik kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ke program My Beautiful Malaysia peringkat negeri Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, 3 Februari lalu.

Berdasarkan rakaman itu yang dipaparkan dalam blog 'Medan Tempur Kedah' dan 'Kedah ke KL', Azizan dikritik hebat kerana menyarungkan baju IM4U selain dilihat ‘mesra’ dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) selaku penganjur program.

Mohd Nasir dikaitkan dengan rakaman terbabit gara-gara namanya disebut dalam perbincangan itu, yang diselang selitkan dengan pandangan beberapa orang tidak dikenali.

Justeru, Mohd Nasir yang juga Naib Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah dikaitkan dengan usaha mahu menjatuhkan Azizan, apabila rakaman suara itu sepakat mahu menggulingkan Azizan di Dun Sungai Limau.

Mohd Nasir ketika ditemui menafikan suara yang dirakamkan dalam audio terbabit yang membincangkan topik itu miliknya, namun mengakui beliau bertanggung jawab membangunkan saluran keyrod@KubangRotan, yang dimuat turun melalui Zello.

“Ketika ahli kumpulan bahas isu tu, saya tak sertai kerana ada program lain. Memang benar nama saya disebut tetapi saya tidak respon kerana saya tidak aktif ketika itu. Saya dengar rakaman itu semula tetapi tidak pasti siapa yang terlibat,” katanya.

Menurutnya, dalam perbincangan itu, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Azizan ke program Pusat itu mengkritik secara terang-terangan.

“Ahli kumpulan ini sudah cecah 100 orang, terbuka kepada sesiapa sahaja, sama ada ahli Pas atau Umno. Saya tidak sekat mana-mana individu mahu sertai kerana saya bersikap terbuka dengan kritikan mahupun pandangan berbeza,” katanya.

Mohd Nasir mendakwa, pihak yang memuat turun rakaman itu dan menyebarkannya ke laman blog berniat jahat mahu melaga-lagakan pemimpin Pas Kedah.

“Walaupun saya hormati kebebasan bersuara namun tidak bererti saya benarkan fitnah seperti itu berleluasa. Peguam saya sedang meneliti perkara ini untuk diambil tindakan bagi membersihkan nama saya yang tercalar,” katanya.

Menurutnya, disebabkan keyrod@KubangRotan miliknya, isu itu dikaitkan dengan dirinya sebagai menyokong usaha menggulingkan Azizan.

“Tidak semestinya percakapan itu ahli Pas Kuala Kedah sahaja, sebab ahli kumpulan itu dari seluruh negeri, mereka boleh respon tanpa sekatan,” katanya.

Mohd Nasir berkata, rangkaian komunikasi melalui telefon pintar (Zello) itu dibangunkan beliau bulan lalu, untuk digunakan sebagai medium baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Zello ini mungkin masih baru dalam kalangan masyarakat. Saya perkenalkan aplikasi ini di kawasan saya untuk lebih dekat dengan rakyat. Jika ada pihak yang salah guna aplikasi bawah kumpulan yang saya bangunkan, saya andaikan individu itu berniat jahat mahu burukkan nama saya,” katanya.

Menurutnya, setiap ahli kumpulan itu bebas menyatakan pandangan berbeza dan mereka yang menyertainya harus berlapang dada menerima pandangan masing-masing.

* Dapatkan Sinar Harian edisi hari ini untuk laporan-laporan menarik

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.