Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAAAAA ! ORANG ZAHID HAMIDI RUPANYA !

Pegawai Kanan Tentera berpangkat Leftenan Kolonel ditahan Jawi

17 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel antara sembilan ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan di kelab malam di Jalan Ipoh di sini, awal pagi ini.

Mengesahkan tangkapan itu, Pegawai Perhubungan Awam Kanan Jawi, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata pegawai itu ditahan kerana disahkan positif mengambil alkohol, dalam serbuan pukul 1.30 pagi.

"Ketika serbuan, pegawai tersebut sedang asyik berhibur bersama dua perempuan berusia 20-an yang didakwa anak saudaranya. Bagaimanapun kedua-dua mereka (anak saudara) dibebaskan selepas disahkan negatif dalam ujian pengesanan alkohol," katanya ketika dihubungi Bernama.

Asmawi berkata ketika ditahan, lelaki tersebut merayu minta dilepaskan kerana khuatir memberi kesan terhadap nama baik dan jawatannya.  

Katanya, lima lagi anggota tentera turut dicekup dalam operasi berkala pencegahan maksiat itu oleh pasukan penguatkuasa.

"Pihak kami tidak sesekali berkompromi dalam kes seperti ini tidak kira siapa, sama ada tentera, orang biasa, atau orang kenamaan kerana sudah sedia maklum kelab-kelab malam tempat yang dilarang kepada umat Islam," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.