Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAJAK RAKYAT MASUK NERAKA

Friday, February 8, 2013

Rakyat Kelantan Akan Humban Kamu Dulu Ke Bawah Jambatan Salor!



Impian rakyat Kelantan jadi kenyataan, jika rakyat ubah sikap — Ibrahim Ali


PASIR MAS, 7 Feb — Impian rakyat Kelantan untuk melihat negeri ini maju akan menjadi kenyataan jika mereka membuat perubahan dengan memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata banyak projek pembangunan dapat dilaksana jika semua kaum memberi sokongan padu kepada kerajaan BN kerana ia lebih berkemampuan memerintah negara.

“Ini terbukti apabila banyak projek yang dijanjikan (BN) menjadi kenyataan dan saya yakin tujuh projek besar yang dijanji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, untuk memajukan Kelantan, akan ditunaikan,” katanya kepada pemberita selepas mengagih angpau dan limau mandarin kepada 1,125 orang masyarakat keturunan Cina di kawasan Parlimen Pasir Mas iaitu Kampung Pengkalan Pasir di sini hari ini.

Ibrahim, yang juga anggota Parlimen Pasir Mas, mendakwa PAS gagal membawa perubahan kepada rakyat negeri ini walaupun memerintah lebih 22 tahun lepas.

“Malah ramai rakyat Kelantan yang berhijrah ke luar negeri ini kerana mencari pekerjaan berikutan kegagalan PAS menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Ibrahim berkata banyak sumber asli di Kelantan gagal dimanfaat oleh kerajaan negeri pimpinan PAS kerana tidak mampu dilaksana berikutan ketidakupayaan kerajaan negeri.

“Banyak peluang pembangunan dan kemudahan prasarana boleh dilakukan di negeri ini, termasuk dalam sektor pelancongan. Jika BN berjaya mentadbir negeri ini, saya percaya mereka akan bina pelabuhan kecil dan menaikkan taraf Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa untuk menarik pelabur asing menanam modal di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata walaupun Kelantan di bawah pemerintahan PAS, kerajaan pusat tetap memberi perhatian kepada rakyatnya dengan mengadakan pelbagai projek pembangunan untuk faedah mereka sebagaimana yang dijanjikan.

“Saya dimaklumkan kerajaan Persektuan besetuju menaikkan taraf Jambatan Salor, yang menghubungkan Pasir Mas-Kota Baharu bernilai RM2.4 juta, yang diperjuang bagi pihak penduduk kawasan Parlimen ini,” katanya. — MI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.