Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OOPPPPPP ! DAP TAK JADI HARAMMMM !

Karpal: DAP sudah serah laporan penyata tahunan kepada RoS

17 Februari 2013
Karpal Singh
Karpal Singh
 
GEORGETOWN - DAP hari ini mengesahkan telah menghantar laporan penyata tahunannya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 8 Februari lepas.
  
Pengerusinya Karpal Singh berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan RoS sekiranya dipanggil untuk memberi penjelasan dan beliau menyifatkan dakwaan yang mengatakan parti itu gagal mengemukakan laporan itu sebagai 'kenyataan tidak bertanggungjawab'
   

"Laporan itu telah disahkan penerimaannya oleh RoS. Sekiranya dipanggil oleh RoS, DAP sedia memberi penjelasan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menggesa ROS memulakan siasatan terhadap DAP yang didakwa tidak menyerahkan laporan kepada badan itu.
  
Justeru, beliau berkata dakwaan yang mengatakan DAP belum menghantar laporan penyata tahunannya adalah tidak benar dan tidak berasas.
 
Dalam perkembangan lain, Karpal yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor meminta polemik isu kalimah Allah serta protes jalanan bertujuan menyerang beliau secara peribadi dihentikan semua pihak kerana perkara itu dianggap telah selesai.
  
Beliau berkata pakatan pembangkang tetap berpegang kepada keputusan yang dibuat pada 8 Januari lepas bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.
  
"Ini pendirian pakatan pembangkang yang dibuat dalam mesyuarat yang dihadiri
(Presiden Pas) Datuk (Seri) Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
"Keputusan majlis syura ulama Pas adalah satu bahagian kecil dan tidak mewakili majoriti," katanya.
  
Mengulas mengenai laporan akhbar bahawa Pas akan keluar dari pakatan sekiranya kerjasama antara mereka merugikan Islam dan Melayu, Karpal berkata kenyataan itu terlalu umum dan boleh dipertikaikan kesahihannya.
  
"Saya tidak akan menjawab kepada persoalan yang spekulatif," katanya.
  
Beliau turut menegaskan hubungan antara DAP, PKR dan Pas masih baik walaupun terdapat percanggahan pendapat di antara mereka.  - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.