Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARIT PERAK GEMPA DAHSYAT !


GARA-GARA BN AMBIL CALON LUWO, PARIT PERAK DILANDA GEMPA BUMI  LUWO BIASA !

 Tuesday, February 19, 2013

BN Parit Dapat Calon Orang Luor'..Udah Tak De Orang Tempatan Yang Cordek Cordeknye Ke?

Pekan Parit Bergegor... Akibat Perkhabaran Ini..hi..hi..
 Trajedi 1999 bakal berulang lagi....suatu penyimpangan daripada BN akan berlaku.Dikhabarkan kerusi kerusi untuk bakal DUN dan Parlimen Parit telah hampir ditentukan.Untuk DUN Bota,dari sumber dalaman Umno sendiri,Telah dapat dipastikan bahawa Dato Nasharudin akan sekali lagi mengisi tempat,meninggalkan saingannya dibelakang.Di Dun Belanja,seperti yang diramalkan,tempat Dato Zaim dikatakan telah digantikan oleh YB Nizar Zakaria.

            Timbul persoalan siapakah yang akan mengisi tempat yang telah dikosongkan oleh YB Nizar Zakaria ini.Desus desas hebat menyatakan Calun Parlimen Parit ini akan diisi oleh YB Tajuddin Rahman dari Pasir Salak.Khabar khabar angin ini dapat diperkuatkan lagi dengan adanya khabar khabar dari Kg Gajah yang menyatakan bahawa Tajudin Rahman ini tidak dicalonkan untuk wakili Parlimen Pasir Salak.Terdapat juga cubaan cubaan untuk berunding dengan pihak PAS disana oleh kumpulan ini disamping tindakan tindakan sabotaj parti.

            Imbas sejarah kembali pada tahun 1999,dimana faktor utama kekalahan BN semasa itu ialah hadirnya orang luor yang bertanding di Parlimen Parit,walaupun  Menteri,ianya jelas ditolak mentah mentah oleh orang UMNO Parit sendiri.Sogokan wang tunai tidak memberi kesan,Orang Parit masih dahagakan sumbangan dan buah fikiran calun tempatan.Mungkinkah fenomena yang sama akan berlaku pada PRU ini.

            Sekiranya pemimpin tempatan tidak dapat mengisi tempat untuk menjadi YB,Apa akan terjadi pada pengikut pengikut mereka.kita sedia maklum bahawa pengikut setia mereka ini bukan lah berjuang dengan sukarela,mereka berjuangan atas kepentingan.Jadi bila calun mereka tidak dapat bertanding,bagaimanakah mereka ini dapat mengintai projek atau peluang peluang untuk mengisi katung sendiri?

Msinc-Senang cerita..alang alang menyeluk pekasam ,biar sampai kepangkal lengan.Alang alang tak dapat..bior semua tak dapat...hi..hi..

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.