Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pas Selangor akur kenyataan Hadi
Wartawan Sinar Harian
19 Februari 2013
SHAH ALAM – Pas Selangor akur dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara DAP dan PKR merugikan Islam dan Melayu.

Timbalan Pesuruhjaya Pas II Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, Pas Selangor akan menurut apa juga yang diputuskan Pas Pusat sekiranya perjuangan Islam dalam PR sudah tiada keberhasilan.

“Ini kerana semua agamawan dan berkefahaman agama dalam Pas termasuk ahli Pas sendiri yang selama ini berjuang atas agama Islam, jadi kalau sudah memang tiada untung Islam dalam PR (kerana fokus Pas adalah Islam) maka tidak perlu kita berada dalam PR,” katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau ingin berkongsi khabar gembira bahawa kini Islam dalam Pas semakin kuat bersama PR malah kegiatan agama semakin kukuh, segala usaha Pas untuk memperjuangkan Islam dan Melayu tidak diganggu parti lain dalam PR.

Menurutnya, asas perjuangan Pas selama ini adalah Islam dan mereka tidak pernah lari dari tujuan tersebut selama berada dalam PR kerana itulah antara modus operandi yang paling sesuai untuk menyalurkan satu kefahaman Islam kepada umum.

Sallehen berkata, gabungan DAP dan Pas sedikit pun tidak menghilangkan fokus Pas terhadap Islam, bahkan kerjasama yang luas itu memperkukuhkan kekuatan Islam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.