Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Presiden SAPP sedia bertanding atas tiket PKR

KOTA KINABALU, 11 Feb — Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata beliau bersedia bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum akan datang sekiranya ketua umum PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berjanji akan memberi kuasa autonomi kepada Sabah sekiranya pembangkang menjadi parti pemerintah.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata kuasa autonomi untuk Sabah merupakan perkara utama yang diperjuangkan parti itu dan ia sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti dan kerajaan negeri Sabah perlu ditentukan rakyat negeri ini sendiri, bukan oleh Kuala Lumpur.

“Kami boleh berunding tentang pengagihan kerusi, tapi autonomi Sabah tidak boleh dirunding. Malah, saya, Yong Teck Lee, sanggup bertanding atas tiket PKR sekiranya Anwar berjanji akan memberi autonomi kepada Sabah,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka parti itu di Dewan SM Kian Kok Hall, dekat sini hari ini.

Yong berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Anwar yang ingin melihat SAPP bergabung dengan pakatan pembangkang dan kesediaan beliau untuk bertolak ansur tentang pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.