Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEMENTERIAN LA KAWAL !


Ismail Sabri: Tiada kenaikan barangan kawalan

Ismail meminta orang ramai yang mendapati ada peniaga yang cuba menaikkan harga barangan kawalan supaya membuat aduan kepada pihak kementerian. – Gambar fail
BERA, 11 Feb – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan harga beberapa barangan kawalan naik di negeri utara tanah air, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
 
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga cili merah kulai dan tomato tempatan yang dilaporkan harganya dinaikkan di Kedah itu tidak tersenarai di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2013 yang dikuatkuasakan sejak 6 Feb lalu.

Jelas beliau, cili merah kulai yang dikawal ialah yang diimport dari China dan tomato yang dibawa masuk dari Thailand.

“Sehingga kini, penguatkuasa KPDNKK tidak menerima sebarang laporan mengenai kenaikan harga barangan tersebut dan laporan yang disiarkan oleh berita televisyen swasta semalam adalah tidak benar.

“Cili merah kulai dan tomato tempatan dari Cameron Highlands yang bukan barangan kawalan naik harga kerana terdapat banyak permintaan sempena Tahun Baharu Cina,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Ponggal peringkat Parlimen Bera di Triang dekat sini hari ini

Beliau meminta orang ramai yang mendapati ada peniaga yang cuba menaikkan harga barangan kawalan supaya membuat aduan kepada pihak kementerian untuk tindakan sewajarnya. – Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Cili Kulai nsik harga?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.