Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT DAH MUAK DENGAN PEMBANGUNAN

 PEMBANGUNAN YANG SAMA NAIK DENGAN MAKSIAT
 
Tengku Razaleigh: Pembangunan pesat jika sokong BN

5 Februari 2013
Lebuh raya rakyat: Ku Li nasihat Kelantan bincang Pusat
Tengku Razaleigh Hamzah
 
GUA MUSANG - Rakyat akan menikmati lebih banyak pembangunan dan kemajuan sekiranya memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi, kata anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
  
Beliau berkata, ini terbukti melalui perubahan di Bandar Gua Musang yang semakin maju berbanding 30 tahun dahulu apabila pelbagai kemudahan dilaksanakan kerajaan BN untuk faedah rakyat.
  
Perubahan ini adalah hasil sokongan penduduk Gua Musang kepada BN, katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Dengan Warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) Parlimen Gua Musang di sini, hari ini.
  
Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri Mat Yusoff Ab Ghani, Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan Adun Galas Ab Aziz Yusof.
  
Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata bandar Gua Musang mungkin lebih maju lagi di masa akan datang apabila banyak projek yang dirancangkan kerajaan dapat dilaksanakan secara berterusan.
  
"Kita harap segala-galanya itu berjaya apabila rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan termasuk kita semua sebagai pemimpin peringkat Parlimen Gua Musang," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.