Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAH, MAHADHIR ORANG TUA JAHAT


Selepas kenyataan Dr M, Deepak terbitkan buku lagi

February 10, 2013
 
KUALA LUMPUR, 10 Feb — Kenyataan negatif yang dikeluarkan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam terhadap usahawan karpet Deepak Jaikishan telah menyebabkan Deepak menerbitkan buku keduanya selepas "The Black Rose 2.0: Black Magic Women." 
 
Dalam kenyataan SMS hari ini, usahawan kontroversi itu menegaskan, buku keduanya dengan 47 muka surat selepas "The Black Rose" itu berkata akan menunjukkan bukti beserta gambar seorang isteri kepada pemimpin ternama negara ini yang menggunakan khidmat bomoh yang didakwanya berlaku di Kelantan.

"Saya akan lancarkan buku kedua berjudul The Black. Rose 2.0: Black Magic Women, yang mana akan menampilkan gambar, nama, alamat, dan pembayaran dibuat pemimpin itu termasuk ritual terhadap seteru politik mereka menggunakan bomoh di Kelantan," kata Deepak (gambar) melalui pesanan ringkas tersebut.

Dr Mahathir semalam menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengabaikan dakwaan-sakwaan Deepak, walaupun usahawan karpet itu berkata akan terus melakukan pendedahan.

Ahli perniagaan itu telah berulang kali mengeluarkan dakwaan terhadap Najib dan pemimpin Umno, malah berjanji akan mendedahkan lebih banyak skandal yang melibatkan ahli politik termasuk keluarga perdana menteri.

"Saya rasa beliau tidak perlu lakukan apa-apa," kata Dr Mahathir.
Beliau yang berkhidmat selama 22 tahun itu menegaskan, Najib seharusnya menjangkakan pelbagai tuduhan akan dilemparkan kepadanya, sama seperti apa yang berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri.

"Bila saya jadi perdana menteri mereka pun tuduh saya korup ... Saya tidak perlu layan."
"Terpulang kepada rakyat. Jika rakyat nak percaya beliau, apa boleh buat," balasnya ketika ditanya sama ada dakwaan dibuat Deepak akan memberikan kesan terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Sehubungan itu, Deepak dalam responnya menegaskan kebenarannya akan terserlah beliau mengaharapkan kebenaran akan terserlah berhubung beberapa siri pendedahannya terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Bagaimanapun, hingga hari ini (semalam), polis masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap pecah amanah Raja Ropiah ... atau rasuah berkenaan perjanjian tanah di Bukit Raja yang didedahkan secara terbuka di mahkamah, kenapa?" Katanya melalui khidmat penan ringkas.

Beliau merujuk kepada dakwaannya sebelum ini bahawa Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah telah melakukan jenayah pecah amanah dalam perjanjian tanah bernilai jutaan ringgit.

"Atau, adakah mereka sekali lagi mendakwa 'demi Tuhan' apabila mereka diarahkan untuk bersumpah dan bercakap benar termasuk disiasat MACC dan Polis?" Katanya merujuk kepada Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita semua maklum perkara itu TIDAK AKAN berlaku, namun saya masih berpegang kepada nasihat Tun M dan berharap kebenaran dan keadilan akan berlaku dalam pentadbiran baru Malaysia," katanya.

Rabu lalu, Deepak mahu dirinya diberikan imuniti di bawah Akta Perlindungan Saksi sebelum mendedahkan lebih banyak lagi skandal pemimpin tertinggi negara.

"Saya akan hantar surat kepada Peguam Negara (Gani Patail) bagi memohon imuniti serta menyerahkan dokumen rahsia sulit yang saya miliki ini," kata Deepak.

"Dalam surat tersebut, saya akan dedahkan secara terperinci tentang skandal yang melibatkan pemimpin tertinggi dalam negara."

Pertemuan Deepak dengan pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar itu merupakan yang pertama sejak Mahfuz menawarkan diri menjadi perantara bagi usahawan karpet itu dan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan imuniti pada bulan lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan kesediaan meluangkan masa untuk Deepak bagi mendengar permohonan itu.

Deepak sebelum ini mengakui beliau telah membantu mendapatkan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam bagi menukar akuan bersumpah pertama berhubung pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribu, termasuk mencari dua peguam untuk mendraf akuan baru.

Majlis Peguam juga sedang menjalankan siasatan berkenaan identiti peguam yang terlibat dan kemungkinan berlakunya kesalahan dalam proses mendraf akuan bersumpah Balasubramaniam berkenaan pembunuhan Altantuya itu.

Pertemuan Deepak dengan pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar sebelum itu merupakan yang pertama sejak Mahfuz menawarkan diri menjadi perantara bagi usahawan karpet itu dan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan imuniti pada bulan lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan kesediaan meluangkan masa untuk Deepak bagi mendengar permohonan itu.

Deepak sebelum ini mengakui beliau telah membantu mendapatkan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam bagi menukar akuan bersumpah pertama berhubung pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribu, termasuk mencari dua peguam untuk mendraf akuan baru.

Majlis Peguam juga sedang menjalankan siasatan berkenaan identiti peguam yang terlibat dan kemungkinan berlakunya kesalahan dalam proses mendraf akuan bersumpah Balasubramaniam berkenaan pembunuhan Altantuya itu.

Misteri menyelubungi identiti peguam Balasubramaniam yang merangka akuan bersumpah kedua bertarikh sehari selepas SD pertama pada 3 Julai 2008 berkenaan dengan pembunuhan Altantuya dimana dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang telah dijatuhkan hukuman bunuh.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.