Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SU BN SABAH BERFAHAMAN SEKULAR YANG TEGAR

Jangan lihat dari sudut politik jika mahu mempertahankan Islam
Wartawan Sinar Harian
18 Februari 2013
Abdul Rahman Dahlan
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Pas tidak perlu melihat dari sudut politik sekiranya ingin memperjuangkan Islam dan orang Melayu.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau bersetuju sekiranya Pas memperjuangkan Islam dan orang Melayu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) yang disertainya bersama PKR dan DAP.

“Mengapa perlu melihat dari sudut politik jika Pas ingin mempertahankan Islam dan orang Melayu. Sekiranya Pas memikirkan untuk keluar dari PR, saya rasa itu lebih baik. Tidak masuk Umno pun tidak mengapa.

“Sebaliknya mereka perlu turun padang bertemu sendiri dengan orang Melayu dan Islam. Jika tidak, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan jadi pilihan raya yang paling pahit untuk Pas dan paling manis untuk DAP, fikir-fikirkanlah,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan keluar dari PR sekiranya gabungan itu merugikan Islam dan Melayu.

Abdul Rahman berkata, sehingga kini Pas nampaknya masih belum menunjukkan keupayaannya sebagai parti yang dikatakan memperjuangkan hak dan keistimewaan Islam dan orang Melayu.

Katanya, walaupun PR meletakkan dasar mengutamakan kedudukan Islam dan orang Melayu, namun pengisiannya dilihat agak kurang lemah.

“Memang dalam perjanjian PR, mereka menerima Perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama teras dan mengiktiraf hak orang Melayu. Namun, itu adalah perkara yang sememangnya perlu dilakukan.

“Tetapi, bagaimana pula dengan pengisiannya? Sejauh mana mereka melaksanakannya? Banyak kenyataan dibuat pemimpin PR berkaitan isu agama yang tidak mendapat bantahan dari Pas. Jadi jelas Pas nampaknya masih belum mampu memperjuangkan Islam dan orang Melayu,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.