Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, February 12, 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad sakit, kemungkinan diserang sawan anjing gila


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya ditolak daripada menjadi perdana menteri sejak dari dulu, kata mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad sakit
"Sepatutnya dari dulu lagi dah tolak Anwar," kata Dr Mahathir kepada pemberita yang ditemui selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina di sini, kelmarin.
"Patut tolak dia dah lama dah, orang yang berkelakuan macam itu macam mana nak terima," tegas Dr Mahathir seperti yang dilaporkan laman berita The Malaysian Insider.
Laporan akhbar Umno, Mingguan Malaysia kelmarin di muka hadapan melaporkan Majlis Syura Ulama Parti Islam SeMalaysia (PAS) didakwa menolak Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri.
Memetik sumber, laporan akhbar Umno itu turut berkata sehubungan itu persoalan siapa yang bakal menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya kembali berbangkit.
"Kalaupun benar pendirian Majlis Syura Ulama tersebut, ia bukanlah satu kejutan kerana sentimen di kalangan sebahagian besar pemimpin dan ahli parti itu, mereka sememangnya tidak mahu Anwar yang juga ketua pembangkang menjadi perdana menteri.

"Ia dapat dilihat dalam muktamar lalu... Apabila ahli PAS secara terbuka menyatakan sokongan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai perdana menteri," kata sumber tersebut dipetik Mingguan Malaysia.
Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyifatkan laporan media mengatakan Majlis Syura menolak idea Datuk Seri Anwar dilantik sebagai perdana menteri sekiranya menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13) sebagai dakwaan mengarut.
Menteri Besar Kelantan turut menyalahkan Umno yang dikatakan sengaja mencipta isu berkenaan sedangkan Majlis Syura yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan hal tersebut.
"Itu mengarut, tak ada apa, Umno suka buat fitnah, benda tak ada apa-apa lagi, dia tak tahu dosa pahala, bila manusia tolak agama ia tidak dapat mengawal mereka," katanya di sini, yang dipetik Sinar Harian.
Nota: Kenyataan Tun Mahathir di atas menggambarkan kecelaruaan mindanya atau kebarangkalian beliau telah diserang sawan anjing gila.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.