Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


03 Mei, 2013

Panas!! Rating Najib Terus Jatuh Merudum

Ketika negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Najib Razak menjunam lagi tiga peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.

Rating Najib menjunam dari 64 kepada hanya 61 peratus, kurang 11 peratus ketika BEKAS perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi membubarkan parlimen dan hilang lima negeri serta majoriti dua pertiga di parlimen pada 2008.

Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.

Menurut keputusan kajiselidik itu yang dikeluarkan hari ini, 42 peratus bersetuju dengan pilihan "Pakatan Rakyat patut diberi peluang mentadbir negara" berbanding dengan 41 peratus yang berpendapat "Hanya BN boleh memerintah negara".

Bagaimanapun, 4 peratus enggan memberi respon manakala 13 peratus menjawab mereka "tidak tahu". Kajian itu juga menunjukkan Pakatan Rakyat mendahului BN dengan jumlah kerusi 89 berbalas 85 dengan 46 kerusi lain masih belum dipastikan kerana margin perbezaaan terlalu rendah, iaitu kurang dari TIGA peratus.

Di Semenanjung, Pakatan Rakyat jauh mendahului BN dengan 81 kerusi berbanding BN cuma 50 tetapi diselamatkan dengan kerusi dari Sabah dan Sarawak.Sabah dijangka menyumbang 16 kerusi buat BN manakala Pakatan Rakyat cuma menang dua kerusi, meninggalkan ENAM lagi kerusi menjadi rebutan.

Di Sarawak, keadaannya lebih kurang serupa iaitu BN dijangka menguasai 19 kerusi parlimen berbanding lima untuk Pakatan manakala ENAM kerusi juga masih belum dapat ditentukan. ~mpr

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.