Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Lima cedera diserang ketika menuju ke ceramah di Teluk Intan

03/05/2013 8:30pm

IPOH - Lima cedera manakala dua buah kereta rosak akibat diserang sekumpulan lelaki ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke lokasi ceramah di Taman Desa Aman, Batu 6, Teluk Intan malam tadi.

Jurucakap media Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kontinjen Perak, Superitendan Maszely Minhad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, kumpulan tersebut bertindak membaling batu dan pelbagai objek ke arah kereta mangsa.

Beliau berkata, setakat ini polis telah menahan empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong berkata, kumpulan itu bertindak memecahkan cermin kereta dengan menggunakan batu bata dan pasu bunga.

"Bilangan kumpulan itu ramai menyebabkan mereka tidak dapat melawan tindakan yang cukup agresif itu,” katanya dan menasihati pengundi agar tidak merasa takut untuk keluar mengundi Ahad ini. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.