12 Tawaran Idham Lim untuk Kuala Kangsar.
23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Berikut ini merupakan 12 tawaran Calon P067 Kuala Kangsar, Drs. Khalil
Idham Lim yang diumumkan oleh beliau sepanjang kempen PRU ke 13 yang
sedang berlangsung. Tawaran ini hanya dapat dilaksanakan dengan mandat
dan kuasa yang diberikan kepada Pakatan Rakyat untuk menjadi Kerajaan
Pusat dan mengambil balik kuasa Kerajaan Negeri Perak.
1.Mengusahakan bas baru bagi laluan Kuala Kangsar ke simpang tiga bagi menggantikan bas wai tong yang terlalu uzur.
2.
Mencari jawapan sebenar kenapakah jambatan Manong ke Seberang Manong
masih tidak dimulakan pembinaannya selepas 20 tahun dijanjikan
3. Mengusahakan sebuah gelangang futsal di sekitar Kampung Talang
4. Menjadikan perusahaan labu Sayong lebih maju kehadapan dan mampu bersaing dan dipasarkan kepasaran lebih luas
5. Memastikan penempatan Kampung Tersusun Senggang dan Kampung Baru Jerlun dianugerahkan geran kekal oleh Kerajaan Negeri Perak
6. Melakukan langkah dan program yang sesuai bagi membantu dan membela nasib ibu-ibu tunggal dalam Parlimen Kuala Kangsar
7..Mengusahakan sistem perparitan yang lebih baik dan terancang bagi penduduk Kg Bendang Kering dan tempat lain .
8.
Memajukan Dataran Sayong Lembah dengan pembinaan jambatan laluan
pejalan kaki yang menghubungkan dengan Lembah Kuala/Bandar Kuala
Kangsar
9.
Menyelesaikan secara berperingkat masalah setinggan dan penempatan
orang miskin pelbagai kaum di dalam Parlimen Kuala Kangsar
10. Membaiki dan membaik pulih tadahan air bersih bagi penduduk rambai tujuh yang musnah akibat pembalakan
11.
Mengusahakan pelebaran jambatan yang sempit laluan Kuala Kangsar ke
Manong dan ke Senggang yang sempit dan bahaya kepada pengguna
12.
Memajukan kawasan kolam air panas Kampung Ara Panjang manong sebagai
pusat pelancongan yang boleh menarik kehadiran pengunjung dalam dan
luar daerah
0 orang berkata:
Post a Comment