Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Lebuh raya sesak, ramai pulang mengundi

04/05/2013 1:11pm


KUALA LUMPUR - Keadaan trafik di beberapa lebuh raya dilaporkan bergerak perlahan berikutan warga kota sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan kewajipan kepada negara sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) esok. 

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitter sehingga pukul 12 tengah hari memberitahu, antara kawasan yang mengalami kesesakan teruk adalah di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu di kawasan Slim River ke Bidor dan Bukit Merah ke Bandar Bharu. Di lebuh raya Karak pula, trafik dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa dari Plaza Tol Gombak ke Bentong berikutan pertambahan bilangan kenderaan yang semakin meningkat semenjak pagi. 

Sehubungan itu, pihak LLM menasihati orang ramai supaya merancang perjalanan mereka dan berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan. - KOSMO

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.