19 Mei, 2013
Najib Terpaksa Gula-Gulakan Ahli Parlimen BN
KUALA LUMPUR, 19 Mei – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak
diberikan jawatan kerajaan telah diberitahu mereka akan mendapat jawatan
lain atau tempat dalam rombakan Kabinet selepas pemilihan Umno jika
mereka berhenti merungut secara terbuka, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan pembantu Datuk Seri Najib Razak dan
beberapa menteri telah memberitahu ahli-ahli Parlimen ini mereka
sepatutnya mengelakkan menyiarkan keluhan mereka kerana Kabinet akan
dirombak kemudian.
“Sesetengah pembantu PM dan menteri telah menghubungi
ahli-ahli Parlimen BN ini dan memberitahu mereka agar tidak membuat
bising dan menawarkan mereka jawatan tinggi atau jawatan Kabinet pada
masa akan datang apabila berlaku rombkan selepas pemilihan Umno,” kata
sumber BN kepada The Malaysian Insider.
Pemilihan Umno dijadualkan pada Oktober ini dengan kebanyakkan pemimpin
tertinggi parti dan ahli majlis tertinggi mendapat jawatan kerajaan.
Sesetengah yang tercicir daripada senarai Kabinet dikeluarkan Rabu lalu
telah secara peribadi merungut ahli Parlimen tanpa jawatan parti telah
diberikan ganjaran.
Sumber juga mengesahkan perdana menteri telah memberitahu untuk berjumpa
dengan menteri Umno yang digugurkan Datuk Seri Shaziman Mansor dan
Datuk Seri Noh Omar mengenai masa depan mereka selepas pilihan raya umum
5 Mei.
Difahamkan beberapa ahli Parlimen yang menolak jawatan kerajaan juga
telah disuruh untuk berjumpa Najib. BN menang 133 kerusi Parlimen dalam
Pilihan Raya 2013, dengan 57 ahli Parlimen dijadikan menteri dan
timbalan menteri.
“Aturan telah dibuat untuk Shaziman, Noh dan ahli-ahli Parlimen ini untuk berjumpa PM secepat mungkin,” tambah beliau.
Sumber lain mengatakan ahli-ahli Parlimen ini akan diberikan jawatan dalam agensi kerajaan buat masa ini.
“Sudah menjadi rutin ahli politik bersara atau penyokong dijadikan
pengerusi atau pengarah sesetengah agensi dan syarikat kerajaan. Jadi
tunggu beberapa berita tidak lama lagi,” tambah sumber tersebut.
Ahli Parlimen yang menjadi pengerusi dan pengarah agensi ini telah
disuruh meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum, meninggalkan
beberapa kekosongan perlu diisi tidak lama lagi, kata sumber itu.
Pengkritik dan penganalisis telah mengatakan Kabinet yang diumumkan Rabu
lalu dipenuhi dengan penyokong Najib bagi menghalang cabaran dalam
pemilihan parti.
“Pemilihan parti datang dahulu, kemudian rombakan. Tetapi, jika semua
orang presiden menang, akan berlaku hanya rombakan kecil,” kata seorang
panglima perang Umno.
BN juga cuba untuk menenangkan parti Sarawak yang telah merungut mereka
seharusnya mendapat lebih perwakilan dalam sektor relevan sejajar dengan
kerusi Parlimen mereka menangi dalam pilihan raya umum.
Parti seperti PRS menang enam kerusi Parlimen akan tetapi Datuk Joseph
Salang Gandum menolak pelantikan sebagai timbalan menteri sementara
rakan partinya Datuk Joseph Entulu Belaun menolak jawatan Kabinet.
Satu lagi parti Sarawak SPDP menang empat kerusi Parlimen akan tetapi
berakhir dengan tidak mendapat apa-apa jawatan kerajaan. Akan tetapi MIC
mendapat dua jawatan menteri Kabinet dan dua timbalan menteri untuk
empat kerusi Parlimen yang mereka menangi.
Dua lagi parti Borneo SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen.
Ahli politik Borneo telah juga merungut mereka mahu berada di
kementerian yang relevan dengan negeri mereka, terutamanya pertanian dan
juga komunikasi untuk merapatkan jurang digital.
“Terdapat sesuatu yang salah apabila kedua-dua menteri dan timbalan
menteri Komunikasi dan Multimedia dari Terengganu. Siapa yang memikirkan
itu,” soal seorang ahli politik Sarawak merujuk kepada Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek dan timbalannya Datuk Johari Jailani.
Difahamkan perdana menteri akan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin parti
ini tidak lama lagi untuk mendengar keluhan mereka dan memastikan 13
parti komponen kekal stabil dan bersatu. ~the malaysian insider
0 orang berkata:
Post a Comment