Sunday, May 19
PANAS: Apa yang MEGAHnya ngan kabinet Najib [Tengok sini...]
Apabila PM DS Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis
yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi
terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama dan kabinet yang mampu
melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.
Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk
menghadapi pemilihan UMNO tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet
kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.
Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat.
Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?
Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?
Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja, United Kingdom 23, Bolivia
27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion
penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan
jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari
negara-negara di atas?
Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang.
-Prof. Muhammad Agus Yusoff-




0 orang berkata:
Post a Comment