24 Mei, 2013
PAS Buat U-Turn
KUALA LUMPUR: PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan
aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya
esok.Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai
menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya
umum ke-13 (PRU13) lalu.
“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan
Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily hari
ini.Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di
Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah
malam.
Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang
mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman
masing-masing.Semalam penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti
Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk
memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan
penangkapan.
Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan
sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.Ianya termasuk aktivis
pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian
Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim.
Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah
turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai
himpunan itu esok."Saya harap pihak polis dapat memberi kerjasama untuk
mengawal himpunan itu esok dan tidak menggunakan kekasaran yang boleh
mengeruhkan suasana," katanya. ~harakahdaily
0 orang berkata:
Post a Comment