Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, May 27

Ini sedikit details perjanjian sulit Anwar - Najib [Tengok laa...]

WSJ: Perjanjian sulit Anwar, Najib gagal...

JAKARTA – Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkhianati perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Dakwaan Jusuf itu dilaporkan oleh akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dalam satu artikel, semalam, semasa Anwar mengadakan
protes berterusan menentang keputusan PRU13 yang didakwanya dicemari penipuan selepas Barisan Nasional (BN) kembali memegang tampuk pemerintahan.

“Saya meminta Anwar menerima keputusan itu (pada 6 Mei) dan lihat kepada realiti tetapi mereka kata ‘tidak, tidak, tidak, tidak,” kata Jusuf dalam temuramah dengan WSJ.


Dalam satu temuramah dengan WSJ, Jusuf mendedahkan beliau menjadi orang tengah untuk satu perjanjian rahsia antara Anwar dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lalu.

Menurut Jusuf, Anwar dan Najib, yang dianggap sebagai sahabat beliau sejak beberapa dekad lalu, telah membuat perjanjian bertulis untuk tidak melancarkan serangan peribadi semasa kempen dan menerima keputusan pilihan raya itu.


Jusuf mendakwa perjanjian itu dicadangkan oleh Anwar sendiri.


Artikel bertajuk Behind Malaysian Poll Protest, a Peace Deal That Collapsed itu turut menyebut Anwar mengakui beliau membuat perjanjian itu, namun ketua pembangkang itu menganggap BN membuatkan perjanjian itu
terbatal melalui cara parti itu berkempen.

“Macam mana anda boleh bercakap mengenai perdamaian apabila anda memburukkan lawan dengan cara sebegini,” kata Anwar merujuk kepada media di Malaysia yang kebanyakannya dimiliki kerajaan.


Laporan WSJ itu juga menyebut Anwar mendakwa Jusuf yang memulakan cadangan untuk mengadakan perjanjian itu, dan bukannya beliau sendiri.


Penasihat Najib dilaporkan mengakui perjanjian itu dibuat dan menolak pandangan Anwar bahawa ianya terbatal semasa kempen, di mana kedua pihak menggunakan pelbagai serangan ke atas satu sama lain.


“Anwar meminta bantuan Jusuf untuk mendapatkan perjanjian antara BN dan Pakatan Rakyat supaya kedua-dua pihak menerima keputusan PRU13, walaupun jika salah satu pihak menang dengan majoriti mudah.


“Perdana Menteri mengulangi secara peribadi kepada Jusuf dan kepada rakyat sebelum PRU13 bahawa BN akan menghormati pilihan rakyat dan menerima keputusan pilihan raya, walaupun jika pembangkang menang,” menurut penasihat Najib seperti dilaporkan WSJ.


Laporan itu juga menyebut Najib dan Anwar menolak bahagian dalam perjanjian sulit itu bagi memberikan pihak yang tewas peranan dalam apa yang disebut sebagai ‘kerajaan perdamaian’.


Menurut Jusuf, Anwar bertemu dengannya mengenai perjanjian itu, dua bulan lalu di rumahnya di Jakarta, Indonesia dan meminta Jusuf mendapatkan komitmen Najib untuk menerima keputusan pilihan raya dengan
aman.

Jusuf menjadi orang tengah untuk perjanjian damai bagi banyak konflik di Indonesia semasa menjadi naib presiden negara itu dari 2004 hingga 2009, selain memainkan peranan dalam rundingan damai di Thailand dan Sri Lanka.


Jusuf juga berkata, beliau bimbang semakin lama pertelingkahan antara dua pemimpin politik itu, semakin berpecah-belah penduduk Malaysia yang akhirnya mungkin menyebabkan keganasan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.