Ahmad Said tidak layak jadi Menteri Besar
- Published on Wednesday, 15 May 2013 14:02
- Written by Muhammad Faizal
SHAH ALAM: Setiausaha
Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyelar tindakan Menteri Besar Terengganu,
Datuk Seri Ahmad Said yang menyatakan pembinaan rumah mampu milik hanya
akan dibina di kawasan Dun yang dimenangi Barisan Nasional (BN) sahaja.
"Sebagai Menteri Besar kita jangan
meletakkan diri kita setaraf Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak
bertanggungjawab.
"Ini merupakan satu kenyataan yang tidak
bertanggungjawab oleh seorang Menteri Besar, tindakan tersebut juga
menunjukkan beliau tidak layak menjadi Menteri Besar.
"Membina rumah kos rendah ini adalah
tanggungjawab kerajaan yang dipilih, siapa pun kerajaan menjadi
tanggungjawab dia bagi memberi kemudahan kepada rakyat," ujar beliau
kepada Harakahdaily.
Katanya lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad itu merupakan politik balas dendam serti bersifat peribadi.
Beliau berkata, politik balas dendam intu tidak sepatutnya berlaku di dalam negara ini.
"Semua ini disebabkan oleh sikap balas
dendam dan peribadi, sepatutnya sebagai sebuah negara maju politik
sedemikian sudah tidak ada lagi dalam negara ini," kata beliau mengulas
kenyataan Ahmad yang meminta rakyat di kawasan Parlimen dan Dun
dimenangi Pakatan Rakyat meminta bantuan daripada wakil rakyat yang
mereka pilih.
Mustafa berkata, jika cukai yang
diperolehi dari rakyat dikembalikan kepada calon Pakatan Rakyat yang
menang di sesebuah kawasan parlimen, ia tidak menimbulkan masalah.
"Duit yang diambil dari cukai rakyat
jika dikembalikan kepada Pakatan Rakyat pasti tidak timbul masalah untuk
kita meneruskan menyediakan kemudahan kepada rakyat.
"Tapi ini tidak berlaku, kerajaan jangan
ingat itu duit Barisan Nasional atau Umno, dan siapa yang menjadi
kerajaan ia bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat setempat bukannya
kepada mereka yang menyokong sahaja," tegasnya.
Beliau mengulangi bahawa kerajaan Terengganu tidak faham apa itu tanggungjawab sebuah kerajaan yang dipilih.
"Ahmad ini tidak faham apa itu
tanggungjawab sebuah kerajaan yang dipilih, hentikan politik balas
dendam serta bersifat peribadi tetapi jika ini yang beliau tekankan saya
rasa beliau tidak layak menjadi seorang Menteri Besar," jelasnya.
Beliau yang berharap sebagai rakyat yang
perihatin seharusnya tahu bahawa tindakan seperti itu tidak wajar
dilakukan oleh kerajaan.
Ini, katanya proses demokrasi apabila
pilihanraya selesai, maka siapa yang dipilih bertanggungjawab untuk
semua rakyat tanpa mengira mereka menyokong Pakatan Rakyat ataupun BN.
Pada PRU13 ini, BN Terengganu kekal memerintah apabila memenangi 17 kerusi daripada 32 Dun manakala PAS (14) dan PKR (satu).
0 orang berkata:
Post a Comment