Anwar PM, dua TPM jika Pakatan ambil alih Putrajaya, kata Karpal
12:18:43 PM 04-05-2013
“We in DAP cadang dan sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana
menteri ketujuh Malaysia,” kata pengerusi kebangsaan DAP itu kepada
hadirin yang bersemangat dan memakai baju merah, kuning dan hijau.
“Hadi Awang boleh jadi timbalan perdana menteri. Lim Kit Siang boleh jadi TPM kedua.”
Penyandang ahli parlimen Bukit Gelugor yang akan mempertahankan
kerusinya pada pilihan raya 5 Mei juga mencadangkan dirinya kekal
sebagai peguam untuk menasihatkan regim baru — jika berkuasa — mengenai
pembuatan undang-undang dan memberikan keadilan untuk semua.
“Orang kata Kit Siang dan saya sudah tua. We both have served for
more than 20 years,” kata beliau sebelum memberitahu majoriti hadirin
kaum Cina, “lang lau sim bo lau”.
Dalam bahasa Hokkien, dialek majoriti masyarakat Cina Pulau Pinang, ia bermaksud, orang tua, hati tidak tua.
“Lim Kit Siang dan saya, kami belum tua. Masih terdapat api dalam
perut kami,” kata peguam berusia 72 tahun itu yang dikenali sebagai
“harimau Bukit Gelugor” kerana kegarangannya dan keteguhan
kepercayaannya mengenai kedaulatan undang-undang.
Peguam veteran dan ahli parlimen itu mengingatkan pengundi Pulau
Pinang yang keluar beramai-ramai malam tadi — mengalahkan jumlah hadirin
di Kolej Han Chiang empat hari sebelum ini — masa untuk perubahan telah
tiba.
“Di Singapura, Parti Tindakan Rakyat telah mula kalah dalam pilihan
raya mereka... masa telah tiba, perubahan mesti berlaku. Pada 5 Mei,
perubahan mesti penyingkiran Barisan Nasional dari Putrajaya,” katanya.
“Terdapat yang dahagakan perubahan di Malaysia hari ini.
“Semuanya terletak di tangan kamu, rakyat negara ini. Dan kedahagaan
ini akan dipadamkan pada 5 Mei,” Karpal menutup ucapannya sebagai
penceramah terakhir.
Dalam ucapan diselang-selikan dengan tiupan vuvuzela yang digunakan
secara popular untuk meraikan pasukan bolasepak, Karpal juga meminta
hadirin bersaiz “gergasi” anak kepada Kit Siang, Lim Guan Eng, perlu
diberikan mandat kedua untuk mentadbir Pulau Pinang sebagai ketua
menteri.
“Kita tidak melihat mereka sepanjang lima tahun lalu tetapi sekarang
mereka mahu mengagihkan wang, untuk beli kerajaan negeri tetapi malam
ini, semua kita boleh beritahu mereka, rakyat Pulau Pinang tidak boleh
dibeli,” katanya merujuk kepada musuh PR gabungan Barisan Nasional (BN)
yang memerintah sejak 56 tahun lalu.
Setiausaha agung DAP itu menuduh BN, melalui penaja mereka yang kaya,
“akan membuang wang merata-rata tempat” berjumlah RM20 juta untuk
membeli pengundi bagi menjatuhkan pentadbirannya yang mentadbir Pulau
Pinang sejak lima tahun lalu.
“Walaupun mereka tambah lagi RM40 juta, kita tak takut dengan mereka,” kata Guan Eng.
Ceramah besar yang bermula pada 8.00 malam itu menyaksikan kehadiran
seawal 7.00 malam, menggunakan kereta dan motor dengan santai memakai
selipar.
Jalan-jalan utama menghala ke bandar warisan dunia sesak dengan
kereta dan motor pada 9.00 malam, ketika ceramah sedang mula hangat.
Menurut laporan dari penganjur dan rakan yang gagal untuk ke lokasi
ceramah kerana kesesakan mengatakan, kesesakan merebak ke sepanjang
jalan di Jambatan Pulau Pinang dan ke selatan Tanjung Tokong di
kepulauan berbentuk penyu itu.
Acara tamat tidak berapa lama selepas tengah malam dengan DAP
mengumumkan kutipan derma diterima sebanyak RM505,000 di Esplanade malam
tadi.
Penganjur kemudiannya mengemaskini maklumat di Facebook mengatakan angka terkini kutipan malam tadi berjumlah RM587,168.85.
0 orang berkata:
Post a Comment