Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Insiden tumbuk: Penyokong sangka ada provokasi



23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Insiden tumbuk: Penyokong sangka ada provokasi

Ketegangan yang berlaku antara dua parti, kelmarin cuba ditenangkan polis dan anggota bertugas.
IPOH – Kunjungan sehari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke beberapa lokasi negeri ini, kelmarin sedikit tercemar apabila berlaku insiden tidak diingini membabitkan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Situasi berkenaan berlaku sejurus program ketiganya di pekan Malim Nawar selesai apabila sekumpulan lelaki bertumbuk hingga mengakibatkan salah seorang daripada mereka cedera.
Insiden berkenaan dikatakan berpunca daripada salah faham kedua-dua parti yang menyangka berlakunya provokasi.
Salah seorang ahli parti ditemui berkata, dia bersama rakan lain melalui laluan sama, lokasi di mana program Anwar dijalankan kerana mengikuti konvoi motosikal menuju ke Daratan Malim Nawar.
“Kami tak buat apa pun, cuma nyanyikan lagu, sampai sini ada pula yang bertumbuk,” katanya.
Jurucakap Pilihan Raya Umum Polis Kontinjen Negeri, Superintendan Maszely Minhad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.15 petang itu, mangsa yang menyertai konvoi bermotosikal dari pekan Malim Nawar menuju Dataran Malim Nawar melihat salah seorang penyokong parti lain terjatuh dari motosikal.
Menurutnya, pekerja kedai makan berusia 30 tahun itu yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian segera menerpa ke arah penyokong parti terbabit dengan niat untuk membantu.
“Bagaimanapun, kebaikan mangsa disalah tafsir oleh rakan-rakan penyokong parti terbabit yang kemudian bertindak membelasah mangsa dengan memukulnya hingga mengakibatkan kecederaan di muka.
“Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian mata kanan, hidung dan dahi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, semalam.
Beliau berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Anwar yang tiba kira-kira jam 6.30 petang di pekan Malim Nawar sebelum itu, memenuhi jadualnya bersama penduduk Hutan Melintang sebelum singgah di bilik gerakan PKR Cabang Sungai Manik, pekan Langkap kira-kira jam 5.30 petang dengan disambut 2,000 penyokong.
Sebaik selesai program di Malim Nawar, Anwar meneruskan lawatannya ke Tapah dan Sungkai.

Sinar/-

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.