Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Azmin: ‘Saya belum pernah dengar orang kampung balik ke bandar untuk mengundi’
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
4 Mei 2013
Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali 
 
SHAH ALAM – Tinggal sehari sahaja lagi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tiba, Pakatan Rakyat (PR) terus mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan berhubung pemindahan sejumlah pengundi dari Sabah ke Selangor dan Kuala Lumpur, beberapa hari lalu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, SPR perlu menjelaskannya berhubung tiada penafian dibuat oleh BN.

“Rakyat sekarang sedang menuntut penjelasan daripada SPR. Mengapa satu jumlah yang begitu besar, diangkut daripada Sabah ke Selangor dalam beberapa hari yang lalu? “Perkara ini tidak dinafikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tengku Adnan telah mengesahkan bahawa memang wujud pemindahan pengundi dari Sabah ke Kuala Lumpur dan Selangor dalam beberapa hari lalu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa alasan yang diberikan berhubung kehadiran penduduk Sabah itu tidak boleh diterima. “Tetapi alasan yang diberikan adalah mereka pulang untuk mengundi. Alasan ini kita tidak boleh terima. Saya belum pernah dengar orang kampung balik ke bandar untuk mengundi. Yang saya tahu, orang bandar balik ke kampung untuk mengundi.

“Tapi apa yang berlaku sekarang ini adalah sebaliknya. Orang-orang kampung pedalaman di kawasan Sabah, diangkut dengan cara yang cukup-cukup terancang dan tersusun untuk pulang ke kawasan bandar dalam negeri Selangor, khususnya,” katanya.

Beliau yang juga calon kerusi Parlimen Gombak mengakui jumlah yang disebut amat membimbangkan. “Jumlah yang kita dimaklumkan adalah terlalu besar. Kalau seratus atau dua ratus, kita mungkin boleh faham. Tapi kalau sehingga mencecah 39,000, ini satu perkara yang amat membimbangkan.

“Dan, SPR bertanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada rakyat, mengapa perkara ini boleh berlaku dalam saat-saat menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu pihaknya sedang mengumpulkan maklumat dan bukti bagi memastikan orang yang tidak layak tidak mengundi, esok.

“Kita sedang mengumpulkan maklumat. Ada maklumat yang telah kita peroleh daripada pegawai-pegawai tertinggi MAS, termasuk juruterbang. Kami minta gambar-gambar dirakamkan.

“Kita juga sedang mewujudkan pasukan pemantau rakyat untuk mengekori bas-bas yang mengangkut pengundi-pengundi ini daripada lapangan terbang. Kita ingin tahu di mana mereka disimpan dan kita akan memastikan orang-orang yang tidak ada kelayakan untuk mengundi, tidak dibenarkan mengundi dalam PRU13,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.