Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Polis: Penyokong parti dilarang konvoi bermotosikal esok
4 Mei 2013
IPOH - Polis Perak melarang penyokong parti politik melakukan konvoi bermotosikal bagi mengelak berlaku kekacauan, sekali gus menganggu-gugat proses pengundian  bagi pilihan raya umum ke-13 esok.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis menerima banyak aduan daripada pengguna jalan raya mengenai perkara itu kerana ia menimbulkan kesesakan lalu lintas.

"Polis akan mengambil tindakan segera terhadap mereka (penyokong) sekiranya timbul kekecohan sehingga menimbulkan ketegangan," katanya kepada pemberita di Ibu  Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.

Mohd Shukri mengingatkan penyokong parti supaya tidak melakukan provokasi jalanan sehingga menimbulkan ketakutan kepada pengundi.

Katanya polis tidak  teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut Akta Jalan Raya 1987 terhadap mereka yang masih berdegil.

"Polis sentiasa memantau keadaan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, dan meminta pengundi tidak merasa sangsi terhadap keselamatan mereka kerana jentera PDRM berada dalam keadaaan siap siaga," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sejak pembubaran Parlimen pada 3 April lepas, polis menerima 412 laporan dan 12 tangkapan dilakukan bersabit kesalahan  mengikut Akta Pilihan Raya 154 dan 435 Kanun Keseksaan.

Katanya kes khianat, mengoyak dam membakar poster dan bendera parti, perselisihan faham serta mengadakan ceramah tanpa permit, merupakan antara laporan yang  paling banyak diterima.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.