Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Beg peti undi awal tidak disita cetus kekecohan
NURULATIQ AHMAD BANDI 5 Mei 2013
PORT DICKSON - Dua beg peti undi awal kerusi Dun Bagan Pinang yang disimpan di ibu pejabat polis Port Dickson tidak disita selepas tamat proses pengundian awal Selasa lalu.

Peti undi berkenaan membabitkan undi awal bagi kawasan mengundi ibu pejabat polis daerah Port Dickson.

Insiden itu mengakibatkan proses pemindahan peti undi awal ke Pusat Pengiraan Undi tergendala lebih 30 minit.

Bagaimanapun selepas perbincangan dilakukan secra teliti, dua peti undi berkenaan dibawa ke Pusat Pengiraan Undi tanpa sebarang bantahan mana-mana pihak.

Dua peti undi tersebut membabitkan 264 kertas undi Dun Bagan Pinang dan Parlimen Telok Kemang.

Dalam pada itu, 38 lagi peti undi awal telah dibawa terlebih dahulu sekitar jam 3 petang ke Pusat Pengiraan Undi menggunakan kenderaan pegawai SPR.

Undi awal di Telok Kemang dilakukan di IPD Port Dickson, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) dan Kolej Tentera Darat.

Pada 30 April lalu, seorang wakil calon Pas bertindak mengunci peti undi awal di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.