Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BELUM SESUAI


APABILA DISEBUT WAKIL PEMBANGKANG DIDALAM KABINET ATAS DASAR MENGHULUR TANGAN YANG BERDASARKAN PERPADUAN MAKA RASANYA SIANG-SIANG IA AKAN DITOLAK KERANA BAYAK PERKARA YANG MELIBATKAH SYUBHAH KECUALI MEMBETULKAN SEMUA NAWAITU ATAS DASAR KEJUJURAN TANPA ADA PERANGKAP DAN RANJAU KEPENTINGAN POLITIK

PAS SUDAH BANYAK BELAJAR DARI PENGALAMAN PADA MASA LAMPAU DENGAN UMNO/BN SEMASA IA BERADA DIDALAM BN ATAU DILUAR BN SENDIRI TENTANG  MUSLIHAT-MUSLIHAT LICIK YANG DAPAT DIANGGAP TEPAT DILUAR RENCONG DIDALAM YANG AKHIRNYA PAS TERPAKSA MEMAKAN HATI BERULAM JANTUNG YANG TIDAK SEBARANG TANGGUNG - Pa Karamu

Rabu, Mei 08, 2013

Wakil Pembangkang Dalam Kabinet?

Bila disebut Kerajaan Perpaduan, puak-puak hitam dalam PAS akan terlompat menentang. Mereka tidak sedar, pemimpin jenis mereka dalam PAS telah ditamatkan Tuhan dari terus menjadi batu penghalang melalui tangan-tangan rakyat.
Mereka menyebut penyokong UMNO cuba menghulur tangan perpaduan untuk bekerjasama ketika UMNO semakin lemah. Lemah? Perhatikan kembali keputusan PRU13. UMNO semakin menguat. 
Ini adalah lantaran rakyat Melayu Islam (kecuali Kelantan dan Terengganu yang bebas ancaman DAP dan Selangor yang berjuang mendominasikan PAS berbanding DAP dan PKR) telah memberi mandat dan sokongan luar biasa kepada UMNO dan mereka kini mengajak PAS bekerjasama dengan UMNO yang mereka kukuhkan.
Sebagai permulaan, tidak mungkin ada salahnya untuk kerajaan BN yang baru ini untuk melantik ahli Parlimen PAS yang pro-perpaduan untuk mengisi portfolio tertentu. Tidak ada salahnya untuk UMNO memperlihatkan keprihatinan mereka ke atas pentingnya kerajaan perpaduan hatta sebelum kerjasama ini ditandatangani secara rasmi.
Segalanya terletak atas pundak kebijakan UMNO sendiri namun untuk dipenuhkan kabinet dengan  ahli Parlimen Bumiputra, sudah tentulah tidak sesuai pula dengan demografi negara ini.
Maka apa pula salahnya jika UMNO melantik wakil DAP yang bersesuaian seperti Tan Seng Giaw sebagai contoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Perlukah dinaikkan wakil dari Gerakan dan MCA yang gagal? Negara kini perlu pimpinan pragmatik dan realistik. Perlukah mereka marah? Mereka mewakili siapa? Orang Cina? Hahaha sahajalah.
Dengan meletakkan wakil pembangkang ke dalam kerajaan memerintah, aspek tertentu dalam ukuran transparansi dapat dicakupi apabila mereka ini berpeluang melihat sama ada tohmahan mereka ke atas ketelusan kerajaan selama ini berasas atau tidak.

MALAH MEREKA AKAN DAPAT SEDAR DENGAN SENDIRINYA UNSUR-UNSUR YANG MENGANCAM INTEGRITI MEREKA SEBAGAI PEMEGANG PORTFOLIO BAGI SESEBUAH KEMENTERIAN DAN BAGAIMANA CARA MEREKA MENANGANINYA.
Dengan memperbaiki persepsi umum melalui penyertaan wakil pembangkang ke dalam kabinet, Malaysia mungkin melakar sejarah baru  dan  lebih dipandang tinggi oleh negara luar.
Ini tentulah menjadi titik tolak ke atas lambang ketelusan UMNO yang pada satu ketika kelak bakal menjadi sejarah ulung peradaban cara Malaysia yang akhirnya terkeluar dari kekangan permasalahan sikap berpuak dan perkauman akibat politik.

1 orang berkata:

Kawasaki Z800 said...

BELUM SESUAI kata otai, tapi kata orang muda BOLEH BLAH!!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.