Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

bn mungkin kalah 100%

Muhyiddin mahu BN menang 100 peratus di Pahang

2 Mei 2013
MARAN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Barisan Nasional (BN) Pahang memastikan kemenangan mutlak berpihak kepada parti gabungan itu pada pilihan raya umum ke-13 Ahad ini.
  
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata hasrat dan impian itu perlu dijadikan kenyataan memandangkan Pahang sejak dulu diketahui adalah kubu kuat BN.
  
Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan penanda aras kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob supaya kemenangan 100 peratus dicapai di Pahang.
  
"Tanggungjawab dan amanah dipikul oleh menteri besar dan kita tahu tugas itu amat besar jadi tidak bolehlah dia pikul seorang, sebaliknya mesti ada pasukan transformasi," katanya ketika berucap pada program Himpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Maran di sini hari ini yang dihadiri 5,000 rakyat sekitar Parlimen Maran.
  
Selain Adnan, turut hadir calon BN kerusi Parlimen Maran Datuk Ismail Abdul Muttalib, calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Luit Nurhidayah Mohamad Shahaimi, Datuk Shahaniza Shamsuddin (DUN Kuala Sentul) dan Mohamed Ariffin Ismail (Dun Chenor).
  
Pahang mempunyai 14 Parlimen dan 42 buah DUN dan pada PRU12, BN menguasai 12 kerusi Parlimen dan 37 kerusi DUN.
  
Muhyiddin berkata sebuah Kolej Komuniti akan dibina di Maran sekiranya BN menang dengan cemerlang bagi memberikan peluang pendidikan sempurna sepanjang hayat kepada semua rakyat.
  
"Kita ini kerajaan yang baik, yang amanah, yang menunaikan semua janji dan banyak lagi akan kita laksanakan.
  
"Perdana menteri minta mandat lima tahun lagi untuk kita perhebatkan pembangunan untuk rakyat sebab cabaran kita dalam tujuh tahun lagi adalah menuju negara maju berpendapatan tinggi," kata beliau.
  
Sehubungan itu Muhyiddin meminta seluruh rakyat sepuya membuat pilihan yang tepat pada 5 Mei ini kerana masa depan mereka dan negara bergantung kepada pilihan mereka itu.

"Saya bimbang jika rakyat tersilap pilih, pembangkang akan naik berkuasa dan sebab itulah bila sampai saat penting pada Ahad ini kita ajak seluruh 13 juta penentu nasib negara lima tahun lagi keluar membuat keputusan yang tepat," katanya.
  
Menurut Muhyiddin keamanan dan kemakmuran negara perlu dikekalkan di bawah kerajaan sedia ada dan penukaran kepada kerajaan lain tidak perlu kerana kerajaan hari ini adalah terbaik. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.