Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Faktor geografi, politik sebab warga asing meningkat

21 Mei 2013
KOTA KINABALU - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi pendatang tanpa izin di Sabah, semalam diberitahu faktor geografi dan politik menyebabkan jumlah populasi pendatang asing di negeri itu meningkat dengan drastik sejak 1963 sehingga 2012.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Abu Bakar Mat berkata, faktor tersebut menyebabkan pengeluaran kad pengenalan (IC) biru kepada golongan pendatang meningkat di Sabah dalam tempoh 49 tahun itu.

Menjawab soalan pegawai pengendali, Manoj Kurup, Abu Bakar berkata, 5,753 IC biru dikeluarkan kepada warga asing di Sarawak selepas mereka memperoleh taraf sebagai warganegara sejak 1963 sehingga akhir tahun lalu.

Ditanya mengenai pendapatnya mengapa jumlah pengeluaran IC di Sarawak amat ketara perbezaannya berbanding 66,000 di Sabah dalam tempoh sama, Abu Bakar berkata, ia bergantung kepada keadaan di negeri masing-masing.

“Secara peribadi, saya nampak lokasi di Sarawak berbeza dengan di Sabah. Kedudukan geografi di Sabah yang hampir dengan Filipina dan juga faktor politik menyebabkan jumlah populasi warga asing meningkat di Sabah berbanding di Sarawak,” katanya.

Ketika ditanya cadangannya bagi menangani masalah itu, Abu Bakar berkata, ia boleh dilakukan dengan mengetatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negeri itu dan mewujudkan lebih banyak pintu masuk imigresen bagi memastikan kemasukan secara sah.

Prosiding di hadapan lima anggota panel diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong juga diberitahu implikasi sosial seperti gejala dadah, mencuri, dan kebersihan banyak berlaku di negeri itu disebabkan masalah setinggan didiami rakyat tempatan dan warga asing.  - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.