Saturday, May 11, 2013
Menyanggah Tulisan Masitah Ibrahim!
Lawan Tetap Lawan's photo.
Okeh... Gua nak menyanggah tulisan Mashitah Ibrahim yang gua baca di Sinar Harian pagi nih... hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan... sebaik-baik hari dalam seminggu... penghulu segala hari...
Moga Allah memberikan hidayah kepada semua orang dan mengampunkan segala dosa semua orang... Ameen..
1. Mashitah Ibrahim mengklasifikasikan PR sebagai Pembangkang manakala
BN sebagai Kerajaan. Sebagai tokoh akademik, gua rasa tindakan ini tidak
wajar kerana tak kena konteks...
Dalam konteks politik... Sewajarnya
Mashitah Ibrahim hanya menulis Pakatan Rakyat sebagai Pakatan Rakyat dan
Barisan Nasional sebagai Barisan Nasional... Ini kerana dalam kes di
Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang... parti pembangkang aderlah Barisan
Nasional.... Jadi kalu Mashitah Ibrahim tak tau nak membezakannya. sila
pi skolah belajar balik...
2. Jangan salahkan Parti Komunis
Malaysia kononnya mereka membawa sentimen perkauman... Partai Komunis
Malaysia disertai dan dianggotai oleh semua kaum tanpa ada masalah.
Tiada rasisma dalam perjuangan Partai Komunis Malaysia (PKM).... Sila
belajar falsafah komunisma kalu tak tahu... Jangan serkap jarang.... itu
bodoh namanyer...
3. Insiden 13 Mei 1969 sebenarnya
digerakkan dan dimulakan oleh kumpulan "ultra Melayu" yang dipimpin oleh
Harun Idris (MB Selangor) masa itu... Sila baca sejarah dan lihat
secara meluas... Jangan sekadar baca sejarah yang ditulis oleh orang
yang menang di Malaysia... Sehingga ke hari ini pun blogger dan pencacai
UMNO lah yang kuat memainkan sentimen perkauman dan menghasut....
sehinggakan Utusan Malaysia pun terlibat sama...
4. Budaya
politik benci yang dihuraikan oleh Mashitah Ibrahim tidak ader asas...
Pakatan Rakyat (rakyat marhaen) memang membenci politik kotor, politik
fitnah, politik perkauman, politik melaga-lagakan, politik rasuah dan
politik salahguna kuasa... Jadi kalu Mashitah Ibrahim nih masih tak tau
lagi tentang perkara ini... sila bertanya... jangan menulis secara
BANGANG melampau...
5. Berdemonstrasi itu adalah satu fitrah
manusia yang apabila jalan diplomasi tidak dapat diterima oleh pihak
tertentu... UMNO juga pernah berdemonstrasi pasca Malayan Union...
Jangan lupa sejarah... dan jangan memalukan diri sendiri.
6.
Memang rakyat berhak menegur pemimpin... tapi dalam kes Malaysia...
setiap peneguran terhadap kepimpinan BN dalam mentadbir Malaysia
berakhir sama ader ditahan, didakwa, dipenjara, difitnah ataupon
disimpan secara haram di pusat tahanan politik di Kamunting. Pemimpin BN
merasakan bahawa mereka above the law..... Tolong baca dan fahamkan
aper yang berlaku... jangan sekadar menulis TANPA AKAL.
7.
Tolong jangan quote ayat Al Quran sekadar semata-mata menjustifikasikan
tindakan... Sebenarnya ayat Al-Quran yang di quote itu lebih terkena
kepada UMNO/BN berbanding kepada Pakatan Rakyat...
Kepada
Mashitah Ibrahim.... Tolong jangan memalukan diri sendiri dengan menulis
artikel yang macam ini dilain kali... setiap tulisan lu nih secara
otomatiknya melambangkan ceteknyer ilmu dan pengetahuan lu tentang
politik, kenegaraan, sejarah dan jugak agama... Memalukan sungguh...
Semoga Allah Taala membuka pintu hati lu yang dah berkarat dengan daki
duniawi kearah yang lebih baik.... Gua doakan lu mendapat hidayah
daripada Allah Taala.... dah jauh sesatnyer lu nih angkara daki
dunia.... MasyaAllah....
0 orang berkata:
Post a Comment