Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI KALILAH !


Thursday, May 2, 2013

Terjemahkan ini di kertas undi dan Umno akan mati, in shaa Allah


Jika ribuan manusia yang menghadiri ceramah Pakatan Rakyat ini dapat diterjemahkan di kertas undi pada 5 haribulan Mei 2013 ini, in shaa Allah, rakyat Johor bakal merasai sinar kegemilangan kehidupan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ceramah Pakatan Rakyat di Gelang Patah
Walaubagaimanapun, sebagai anak kelahiran Johor, membesar, belajar dan mengajar di Johor Bahru, suka saya mengingatkan keseluruhan pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat agar membatasi keyakinan bertimbang-tarakan sejarah pilihan raya lampau. Ingat; ramainya kehadiran sessi ceramah, kerap tidak mencerminkan kehebatan sokongan di kertas undi.

Selain penipuan yang oleh Umno BN dan kaedah manipulasi undi yang kerap digunapakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia adalah antara senjata maut yang membunuh inspirasi serta keinginan rakyat menuntut perubahan kerajaan. Sila baca, kisah kemiskinan tegar di Johor.

Ingat ini; Tanpa Penipuan, Umno BN telah lama terkubur!!!

Ceramah Pakatan Rakyat di Gelang Patah
Ceramah di kawasan parkir sebuah pusat membeli belah di Gelang Patah berjaya menghimpunkan 70,000 hadirin yang majoritinya berbangsa Cina, memecahkan rekod 60,000 di tempat sama pada malam sebelumnya.

Selain kehadiran luar biasa itu, kutipan derma juga sebanyak RM263,328.80 - lebih suku juta ringgit - dengan RM173,328.80 dikutip daripada ceramah dan RM90,000 lagi daripada beberapa siri acara sepanjang hari di kawasan parkir itu.

Kehadiran itu dilihat petanda jelas sokongan hebat pengundi Cina di Selatan Johor, yang kebanyakannya datang daripada Kulai, Johor Bahru, Pasir Gudang dan Pulai - kawasan sasaran Pakatan dalam pilihan raya umum kali ini.

Ceramah lain yang mensasarkan pengundi Melayu pula dilangsungkan di kawasan parkir Stadium an Sri Dato Haji Hassan Yunos di Johor Bahru yang menarik kehadiran seramai 10,000 - ceramah untuk masyarakat Melayu paling ramai dihadiri sejak penamaan calon 20 April lalu.
Ini Kali Lah
 Ini Kali Lah
Ini Kali Lah
Ini Kali Lah

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.