Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA DAH BEGITU, TAK PRU SENTUH HAL TU, GILA JAWATAN KEW ?

Pas Pulau Pinang tetap ‘cool’ walaupun tiada kerusi Exco
Wartawan Sinar Harian
12 Mei 2013
Mohd Salleh
Mohd Salleh
GEORGETOWN - Rata-rata kepimpinan tertinggi Pas negeri ini masih ‘cool’ walaupun tidak mempunyai sebarang kerusi dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng awal-awal lagi sudah menjanjikan kerusi Exco kepada Pas sekiranya berjaya mendapatkan tiga hingga empat kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setelah gagal dengan misi berkenaan, dan hanya berjaya mendapat satu kerusi, janji berkenaan tidak dapat dikotakan.

“Jadi kami akur kerana ini kelemahan Pas sendiri kerana tidak mendapat sebarang kerusi. Takkanlah kita nak ‘demand’.

“Apa pun yang penting kita perlu perbaiki kelemahan ini dan akan memantapkan barisan exco walaupun tiada tanggungjawab dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK),” katanya kepada Sinar Harian.

Namun, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Dr Shaik Hussein Mydin berkata, Guan Eng sepatutnya memberi jawatan Exco Agama kepada Mohd Salleh Man yang memenangi kerusi Dun Permatang Pasir bagi membuktikan DAP bukan parti perkauman.

“Saya sendiri melihat Mohd Salleh lebih berkelayakan berbanding beberapa calon PKR beragama Islam yang menang pada PRU13.

“Biarpun berbeza fahaman politik tetapi, jawatan Exco Agama tidak boleh diberi kepada sembarangan orang. Saya rasa calon Pas yang layak memegangnya,” katanya

Pas Pulau Pinang sebelum ini membariskan lapan calonnya dalam pertempuran PRU13.

Namun, kemudiannya satu kerusi di Dun Sungai Acheh terpaksa dilepaskan atas dasar tolak ansur ke atas PKR.

Bagaimanapun dari tujuh kerusi berkenaan, hanya kerusi yang dipegang Mohd Salleh di Dun Permatang Pasir sahaja dapat dikekalkan.

Mohd Salleh yang memperoleh majoriti 6,826 undi menewaskan Anuar Faisal Yahaya dari BN.

Sementara itu, enam lagi calon lagi ditewaskan dengan majoriti agak tinggi oleh calon-calon dari BN.

Rosidi Hussain bertanding untuk kerusi Dun Penaga tewas dengan majoriti 1,662 undi, sementara Tasek Gelugor yang diwakili Datuk Seri Abdul Rahman Maidin kalah dengan beza undi sebanyak 3,042.

Di Permatang Berangan, Arshad Md Salleh tewas dengan majoriti 1,621 undi, dan satu-satunya kerusi Parlimen yang ditandingi Pas iaitu Kepala Batas turut tewas oleh Afnan Hamim.

Calon yang kalah tipis kali ini termasuklah Asnah Hashim iaitu satu-satunya calon wanita dari Pas yang tewas dengan majoriti 458 undi, sementara di Dun Sungai Dua, Zahidi Mohd tewas hanya berbeza undi 357.

Pada 2008, PRU12 turut menyaksikan tujuh kerusi ditandingi Pas Pulau Pinang, namun hanya kerusi Dun Permatang Pasir berjaya dirampas.

Mohd Salleh berkata, ia bukan alasan kepada Pas untuk tidak turut sama membangunkan negeri ini walaupun tidak mendapat sebarang jawatan.

Tegasnya, kerjasama yang diberikan dari akar umbi kepada barisan kepimpinan atasan amat diperlukan.

“Tidak semestinya kita jadi yang lebih tinggi maka kita baru dapat membantu masyarakat, ia salah. Tidak kira siapa pun kita, yang penting ialah tanggungjawab untuk membantu mesti ada dalam diri,” katanya.

Beliau juga mengakui masih akan memegang jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada tahun ini.

“Sudah tentu melalui jawatan saya ini, pelbagai isu mengenai umat Islam khasnya akan dibantu dan saya bersedia menggalas tanggungjawab ini,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.