Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 3 Mei 2013

PRU13: KEADILAN cabar SPR, KDN buktikan pendatang asing pengundi sah

sivarasa-pengundi-sprPETALING JAYA 3 MEI: KEADILAN mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menunjukkan bukti rasmi berhubung pendatang asing yang diterbangkan BN ke Semenanjung merupakan pengundi sah.

Ini berikutan pengakuan Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Mansor bahawa pendatang asing terbabit adalah pengundi yang sah dan pesawat sewa khas yang menerbangkan mereka itu dibayar oleh “rakan-rakan BN”.

Penyandang Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, KEADILAN memandang serius pendedahan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa terdapat 40,000 pengundi ragu diterbangkan dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.

“Kita juga risau dengan jumlah besar pengundi pos pada 30 April lalu yang melibatkan sehingga 250,000 pengundi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

“Siapa mereka? Adakah mereka ini rakyat Malaysia? Kita desak dan cabar SPR serta KDN tunjukkan bukti rasmi tentang pengundi asing serta anggota keselamatan yang terlibat dalam pilihan raya kali ini,” tegasnya.

Sivarasa berkata, penipuan dalam pilihan raya merupakan kesalahan besar dan jika terbukti SPR terlibat, tindakan undang-undang akan diambil.

“Jika kami (Pakatan) dapati SPR terlibat dalam konspirasi penipuan pilihan raya ini, tindakan undang-undang akan diambil, kerana ini adalah kesalahan yang sangat serius. 

“Kamu (kerajaan) mempermainkan sistem demokrasi dan kepercayaan rakyat Malaysia,” tempelaknya. 

Tambah Sivarasa, KEADILAN mempunyai banyak lagi maklumat dan akan mendedahkannya pada sidang media esok. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.