Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KETERANGAN HAMBAR

Pengerusi SPR: SPR tiada agenda memenangkan sesiapa

2 Mei 2013
Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini. -Foto Bernama
 
PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan bahawa suruhanjaya itu tiada sebarang agenda untuk menipu bagi memenangkan pihak tertentu dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
  
Abdul Aziz yang menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa SPR bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN), berkata kemenangan dan kekalahan seseorang calon serta parti politik bukanlah kerana SPR tetapi kerana pengundi tidak memilih.
  
"Apa yang kita buat adalah mengikut aturan dan undang-undang. Kita (SPR) telah adakan 12 kali pilihan raya. Tidak ada langsung agenda SPR untuk menipu bagi memenangkan seseorang," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
  
Sidang media itu diadakan berhubung dakwaan Naib Presiden PKR Tian Chua bahawa SPR dan BN mempunyai agenda melakukan penipuan dalam pilihan raya kali ini.
  
Sementara itu bagi memastikan tiada sebarang kecelaruan pada hari mengundi, beliau berharap tiada sesiapa yang cuba mencampuri urusan petugas SPR dan calon serta pemerhati tidak boleh mengatasi tugas ketua tempat mengundi.
  
"Mana-mana ejen tidak boleh bawa masuk komputer. Ejen jangan nak jadi ketua tempat mengundi. Ketua tempat mengundi pula jangan ikut arahan ejen parti. Mereka hanya pemerhati," katanya.
  
Abdul Aziz berkata bagi menghadapi masalah teknikal seperti gangguan elektrik dan telefon, pihaknya telahpun berhubung dengan Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.
  
Ketika ditanya mengenai isu dakwat kekal, Abdul Aziz berkata beliau tidak menyalahkan pegawai SPR yang bertugas kerana kejadian itu hanya kesilapan kecil untuk cubaan kali pertama.
  
"Ia (dakwat) tidak akan tanggal jika digunakan dengan betul. Kami tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Saya yakin ia kekal di jari. Saya berharap tidak jadi isu, harap semuanya sempurna tetapi realitinya kami tidak dapat mencapai kesempurnaan," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.