Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ada perhimpunan
AHMAD ISMADI ISMAIL
5 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi menegaskan akan mengambil tindakan terhadap ‘Kumpulan 505’ yang dipercayai menyebarkan risalah menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Youtube bagi mengajak orang ramai berhimpun di Putrajaya petang ini atau esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, tindakan pihak berkenaan dilihat serius dan tidak bertaggungjawab dan cuba mencabar undang-undang.

"Kami telah mengeluarkan kenyataan supaya tidak mengadakan apa jua bentuk perhimpunan atau perarakan bagi meraikan kemenangan mahupun membantah keputusan pilihan raya."

"Penyokong jangan membuat provokasi untuk menganggu proses Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) dan kententeraman awam, kumpulan itu juga dipercayai cuba menyebarkan maklumat tidak lengkap di laman sosial," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Dalam perkembangan lain, PDRM menafikan terlibat dengan cubaan melindungi 'pengundi hantu' yang menaiki empat buah lori di satu lokasi.

"Maklumat tidak tepat itu dipercayai disebarkan melalui laman sosial milik seorang individu yang telah dikenal pasti," katanya.

Ismail berkata, ia merupakan tuduhan yang tidak berasas, maklumat itu bertujuan cuba membangkitkan kemarahan masyarakat terhadap pihak berkuasa.

"Kami percaya maklumat itu disebarkan oleh kumpulan 505 yang cuba membangkitkan perasaan benci orang ramai terhadap pihak berkuasa dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.