Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA AGEN PENGGANAS !


Wanita dakwa ditawar calit dakwat untuk mudah mengundi



21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Wanita dakwa ditawar calit dakwat untuk mudah mengundi
Wanita tersebut menunjukkan laporan polis yang dibuatnya, semalam.
 
PUTRAJAYA - Seorang wanita yang tinggal di kuarters kerajaan di sini mendakwa dirinya didatangi sekumpulan individu yang menawar untuk mencalit dakwat kekal pada jarinya dalam satu kejadian, malam Isnin lalu.

Menceritakan kejadian pada sidang media malam kelmarin, penjawat awam berusia 47 tahun itu berkata, kediamannya dikunjungi empat lelaki dan empat wanita yang tidak dikenali pada jam 11.30 malam Isnin.

Katanya, beliau membenarkan mereka yang berpakaian seperti golongan profesional masuk ke dalam rumah selepas diberitahu mereka hanya mahu memastikan beliau benar-benar tinggal di situ.

“Mereka kata mereka datang untuk semak sama ada saya ada tinggal di kuarters ataupun tidak. Mereka kata puan nampak tidak sihat dan mereka boleh calit,” katanya.

Menurut ibu tunggal kepada seorang anak itu, kumpulan berkenaan terus memujuknya agar membenarkan mereka mencalit dakwat tersebut bagi memudahkannya pada hari pengundian kerana tidak perlu berbaris panjang menunggu giliran.

Atas kesedaran dan keselamatan, wanita itu berkata, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7, semalam bagi mengelakkan ada pihak lain menjadi mangsa kepada kumpulan tersebut.

Ditanya sama ada beliau ditawarkan imbuhan oleh kumpulan itu, beliau berkata: "Tidak.”

Beliau yang tinggal di kuarters itu sejak 12 tahun lalu juga tidak pasti sama ada kumpulan berkenaan turut mengunjungi jiran-jirannya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.